31 July 2010

Juara Imam Muda Astro Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Salam..

Akhirnya tamat lah sudah Rancangan realiti islamik Imam Muda Musim Pertama, Juara bagi musim pertama julung kali ini adalah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 seorang graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tempat pertama membawa pulang hadiah hadiah berikut :
  1. biasiswa pakej pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.
  2. Ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan
  3. Kereta Proton Exora
  4. Wang tunai RM20,000
  5. Sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro,
  6. i Phone 3G,
  7. Trofi dan sijil penyertaan serta
  8. Kad pertauliahan daripada Jawi.
Siapa tempat kedua Imam Muda? Tempat kedua di duduki oleh Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Untuk makluman program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS).


CNN pun datang? Ia jugak mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Macam mana yang tersingkir? Pada yang tersingkir mereka masih lagi ikuti pengajian Imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Untuk siapa yang terlepas, yang ingin tengok episod episod terakhir dan terdahulu boleh rujuk link dibawah :

Laman Web Rasmi : Imam Muda
Laman Facebook : Imam Muda 106 Fan Page

Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

siti ika said...

yeahh.. student um memang best.. hohoho

LaNuNsepet said...

he3.. tahniah :-)

bARdbOO said...

xsempat nk tgok imam muda smlm..


jum baca entry terbaru bARdbOO:
Cara mendapatkan buffered earning Nuffnang

Cikbelog said...

pape pon,cikbelog tetap minat aran!hehee

Anis izyan Abd Rahman said...

terbaik laaahhh~!!!

imam muda said...

Imam Muda musim pertama dan kedua terbaik semua...hensem2 belaka dan berilmu...tahniah..