23 February 2010

UTeM : Bas Panorama Melaka Kini Masuk Ke Kampus Induk UTeM...

Salam..

Kelmarin tak silap Lanun, masa dok kat kafe makan tengahari, lalu satu Bas Panorama Melaka, bas tu dok berhenti kat bus stop biasa tempat student tunggu bas UTEM untuk ke kolej kediaman masing-masing. Kawan pun tegur, "Bas Panorama dah masuk utem ke?".

Yap!!!, kini bas Panorama Melaka telah pun mula beroperasi dari luar untuk ke kampus induk UTEM Durian Tunggal. Untuk berita lanjut dan jadual perjalanan bas panorama ke UTEM, boleh lah baca selanjutnya.




Bas Panorama milik PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT) telah memulakan perkhidmatan memasuki kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kelmarin bagi memudahkan urusan perjalanan staf dan pelajar ke kawasan sekitar serta orang awam bagi membuat urusan di dalam kampus UTeM.
Bas tersebut memulakan perjalanan dari Melaka Sentral mulai jam 6.30 pagi akan melalui Peringgit, Kolej Jururawat, Pejabat Pos Besar Melaka, Perpustakaan Negeri, Bukit Baru, Akademi Kastam, MBMB, Jusco, Hospital Pantai, Jabatan Pelajaran Negeri, Bukit Beruang, MITC, Pusat Bowling, Taman Tasik Utama, Taman Buaya, UTeM, Mini Malaysia, Zoo Melaka, Kota Cemerlang, Melaka Mall, Bukit Sebukor, Padang Jambu, Manipal College, Peringgit, Hospital Besar Melaka dan kembali semula ke Melaka Sentral. Bas tersebut dijangka akan melalui UTeM pada jam 7.33 pagi, 9.33pagi, 11.33 pagi, 3.33 petang, 5.33 petang dan 7.33 malam. Tambang bagi setiap perjalanan adalah RM1.50 sahaja.
Buat permulaan perkhidmatan bas Panorama ke UTeM ini hanya akan di adakan dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
Klik untuk melihat jadual perjalanan bas Panorama. (.doc)

Lanunsepet : dah lama tak naik bas utem... panorama lagi lar xpernah lansung..
* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Pakcu Sofi said...

wah,,dengan adanya bas itu, korang makin bebas la ye~

LaNuNsepet said...

ha2.. xde maknernyer.. hostel stil kat luar.. cuma kalu urgent leh lar pakai bus tu untuk ke bandar..

nothing best sgt pun actually :-) he3

Anonymous said...

Good try out Terry. Ask most of your mates that love
tools. I’m convinced they are able to help.
Have a look at my weblog ... Removing Genital Warts

Anonymous said...

Great tips from Walter. I prefer the idea he made regarding for specialist inside of a specific vicinity.
It can be worked well in my situation. I’m
currently unemployed, however buying a great amount
of contract perform. Thank you for posting the job
interview. Joost is just about the very best when it comes to SEO/Wordpress.
Also visit my site :: People Records

Unknown said...

salam,adakah bas panorama masih masuk dalam utem sekarang??