28 February 2010

Apabila Manusia Hilang Kewarasan...

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan...

Apalah dosa kanak-kanak ini sehingga diperlakukan sebegini rupa... betapa kejamnya manusia yg sanggup menzalimi seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang belum mengerti apa-apa... C.U anggap perbuatan lelaki yang mendera & membunuh Allahyarhamah Syafia Humairah ini tidak patut lagi disamakan dengan binatang, sebab binatang pun tahu menyayangi anak mereka...astaghfirullahal'azim...

~ ikuti berita mengenai kejadian ini...

Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

"Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Sumber: Berita Harian
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20100227234813/Article/index_html


CoKLaT UnGu: Alfatihah buat Allahyarhamah Syafia Humairah...

* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

9 komen disini yer..:

LaNuNsepet said...

Alfatihah buat adik syafiah..

memang kejam sangat.. hu3.. tau lar kan budak2 besar tu memang la nakal perangainya. Kalu tak pasal dadah mungkin benda ni tak jadi.

kerana dadah manusia jatuh martabatnya lagi bawah dari haiwan yang takda akal pun. tapi sanggup buat aper saja untuk pertahankan anak2 nya.

harap poliss bagi hukuman setimpal pada si teman lelaki mak nyar tu..

tq coklatungu 4 sharing this :-)

CoKLaT uNGu said...

smoga lelaki tu insaf & sempat bertaubat sebelum mati.. same2 :-)

LaNuNsepet said...

hukum dulu.. baru dier bertaubat...

Cikgu Dahlia said...

alfatihah..memang zalim!

inilah bila dah hidup dalam penuh kedosaan,tanpa agama....manusia mampu bertindak mengikut perasaan

GadisKasutConverse said...

bila akal kosong,syaitan jd tuan...hilang sifat sbg manusia!!

Neo_matrixzz said...

suspect tu ptut hukum gntung je

Nor Hayati B. said...

al-fatihah..

kesian dgn arwah tuhh..

sedih sgt2 baca artikel ni tau..

apsal la wujud org mcm tuhh..

manusia bertopengkan syaitan!!!

astaghfirullahal azim..

~ ( LayDee_N ) ~ said...

.... time tgk brita ni.. sy nangis rasa mcm anak sy lak yg mninggal tu. pilu sgt... :(
Sampainya hati laki tu.. then mak die.... huuh.. mak die x pnah tau ker anak die kene dera??

LaNuNsepet said...

itu lar yg muskil tu kak.. kalu ikur berita, ada kesan penderaan yang dah lama. Hmm.. ada lg yg perlu di bongkar..

harap siapa yg terlibat dibawak ke muka keadilan.. kecewa betul dengan ape yg terjadi. Orang yg tak dpt anak, sgup perhabis duit untuk dptkan sorang.. ni dah ada anak..

wat sepak terajang... hu3..