31 December 2009

Malam Ambang 2010 , Pasti Ada Saja Maksiat Berlaku....

4 komen disini yer..
Salam...

Selamat menyambut tahun baru masihi 2010, seperti biasa malam ni akan berlansung countdown kat serata malaysia menyambut kedatangan 1 januari 2010 selepas kul 11.59pm malam ni. Dalam kita kecoh-kecoh tahun baru 2010 ni sebenarnya kita dah masuk 14 Muharram dah pun..

30 December 2009

Sempena 2010 : Button Im Feeling Lucky Pada Google...

4 komen disini yer..
Salam...
Kalau anda perasan kat Homepage www.google.com ade kelainan sedikit sempena kemunculan tahun baru ni. Nak tahu apa kelainan tu. Cuba anda klik Anda Rasa Bertuah / Im Feeling Lucky bersebelahan dengan butang Google Search.. Selalu ia akan keluar penerangan mengenai im feeling lucky tu, tapi sempena 2010 ni lain sedikit.

Anda akan nampak kiraan countdown ke tahun baru masihi 2010 dalam unit SAAT

Klik baca sepenuhnya untuk gambar..atau terus ke google.. (kalu info ni lambat..sorii he3..)

19 December 2009

tanya sama hati..

10 komen disini yer..
“Bro..ko bile nak kawen ni..?” Tanya sorg kawan lelaki aku sambil hulur sekeping sampul.


walaupun aku seorang perempuan, sebabkan ramai kawan lelaki, kamceng sgt dan gaya bahasa aku yg kengkadang pedih,diorg slalu panggil aku “bro” je..senang sket nk communicate..pada aku la,korg aku xtau..huhu..Berselirat jgk otak aku memikirkan nye..kawen??

05 December 2009

Chekzu : From a Small Seed into A Big, Strong and Shady Tree...

8 komen disini yer..
“Ella!!”

“Ella!!”

“Balik!!!!!!!!!!!”

“alamak! Ayah dah cari..huhu..baik aku cabut..” detik aku dalam hati..seram sejuk jadinye..

Bergegar satu kampung suara ayah kalau panggil aku balik..

INDAH : Gambar Sekitar Musim Haji Baru-baru Ini....

4 komen disini yer..
Salam...

Sebahagian dari jemaah dah mula balik dari Bandar Suci Mekah Al Mukarramah.. Lanun doakan semoga semua amalan jemaah haji tahun ni diterima Allah SWT. Semoga Mendapat haji yang mabrur. Tadi lanun buka ABC News tgk photo collection, ni sebahagian dari photoshoot musim haji tahun ni. Indah sangat dan terpanggil untuk ke sana, InsyaAllah ader rezki kita sama-sama dapt pergi. :-)


03 December 2009

Keropok ROTA ada Lemak Babi?

8 komen disini yer..
EMAIL YANG TERSEBAR ADALAH TIDAK BENAR... LANUN MINTA MAAF PADA SEMUA... TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YG TELAH MENEGUR...


Saya petik dari web jakim sndri:

"Untuk makluman, sistem E-Coded digunakan sebagai satu sistem antarabangsa untuk food addittive (bahan tambahan untuk makanan - sama ada ianya adalah bahan perasa, bahan pewarna atau bahan awet). Sebahagian besar food additive ini ada yang bersifat bahan natural seperti garam dan gula, ada yang dihasilkan daripada bahan kimia seperti bahan awetan (sodium benzoate - E211), ada yang dihasilkan daripada bahagian tumbuhan dan haiwan (E471 - Mono - and diglycerides of fatty acids, glycerel monostearate, glyceryl distearate - bahan emulsifier, penstabil makanan - boleh dihasilkan sama ada daripada lemak haiwan atau pun lemak tumbuhan)."

Slalunye code utk fatty acids dr E400-499 (seingat sy). Dan lemak ini boleh dibuat dr binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya lagi murah kalo dibuat dari tumbuh-tumbuhan. dan satu lg, selalunya atas packaging tu die akan tulis emulsifier dari bahan ape. kalau dari minyak contohnye minyak kacang soya ke, still dipanggil fatty acid.


Setakat mana yg sy dah check E110 tu hanyalah pewarna sintetik. Dr web Halal HDC mengesahkan yg ianya HALAL. Tak percaya? Tgk la weblink ni:
HDC (http://web.hdcglobal.com/hdc/ingredient.php?id=5&id_topic=5)
juga Food Safety from UK gov ( http://www.food.gov.uk/safereating/chemsafe/additivesbranch/enumberlist)
& juga weblink ni: Muslim Consumer Group.(http://www.muslimconsumergroup.com/Enumbers.do?menu=Enumbers&eventAction=enumberslist)

Yg ini sy ekstrak dr HDC website
FD&C Yellow No.6; Used in cereals, bakery, sweets, snack foods, ice cream, drinks and canned fish
Source: Chemical/ synthetic
Categories: Color
Status: Halal

ALTANTUYA : Kisah Sebenar? Dialog Bersama BALA ..

2 komen disini yer..
Salam...

Masih ingat tak korang dengan Penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu. Akuan bersumpah tu dibuat pada 1 julai 2008 dan selepas 24 jam, tiba-tiba Bala menarik balik pengakuan tu.


Pelik kan? lepas tu Bala hilang keluar negara tanpa berita itu kisah dahulu... Kini dia kembali dan beliau telah ditemuramah berhubung apakah SEBENAR yang terjadi.. Ikuti dialog tersebut disini..

EDISI TEKS  (malay)



VIDEO : Part 1 Part 2 Part 3 Klik Jom sambung baca....(English) Ada video dibawah...

02 December 2009

Rahsia - Rahsia Iblis....

2 komen disini yer..
Salam... Lanun nak kongsi sedikit info mengenai musuh kita yg jelas nyata, iaitu Iblis laknatullah. Mungkin ramai yang dah baca..tapi untuk ingatan kita bersama. :-)

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

01 December 2009

Kembali ke Melaka Dari Kampung... & Kursus PLC

6 komen disini yer..
Salam... :-)

Hmm.. lame dah tak post artikel kat blog lanun, post terakhir pun sebelum balik ke kampung aritu. Selepas bercuti + beraya kat kampung aritu lanun kembali semula ke Melaka untuk hadiri kursus PLC selama seminggu bermula 30 November hingga 4 Disember ni. Kursus ni dibahagi kepada 3 sesi dalam cuti semester ni dan lanun amik sesi pertama dalam 20 orang macam tu. Semua budak2 kelas BENE tahun 4 same macam lanun.


p/s : Camne raya korang? Ada g tolong majlis korban?

Bawah ni photoshoot masa cuti n masa kursus PLC hari pertama aritu.. nanti ade pape lg lanun share...

19 November 2009

Qurban.. Ape anda fahami? & Lanun Balik Kampung Esok Pagi...

7 komen disini yer..
Salam....

Lanun baru jar balik beli tiket tadi. InsyaAllah besok pagi kul 9.30am lanun bertolak dari sini ke ipoh perak. N then datang balik pada 29hb 11 ni sebab 30hb 11 ader kursus PIC kat fakulti.  Final Result? Alhamdulillah result pun dah kuar, cuma ada 2 subjek jer lg belum.. Guane? Hmm.. Alhamdulillah , syukur sgt dengan result kali ni cuma ada 1 subjek tu kureng sket, kureng sket??  kureng banyak la jugak. Subjek per? electric drive, lanun dpt C+ hu3.. tapi dari fail kan baik C+.. (Alhamdulillah...) :-)


Yang dua lagi belum tu, PSM 1 and Numerical Method still tak kuar lagi.. debar plak dibuatnyer... Yang dua lagi tu pengaruhi pointer idaman lanun kali ni, sebab lanun angan2kan sem ni biarlah gempak sket dari yang semester - semester lepas, tapi macam pudar n mendung jar nampaknya. Apepun doa tetap dipohon n doa korang lanun perlukan jugak..

K lah.. Nak wat kejer sket.. (kejer aper? kemas kot..) Mungkin pasni kat kampung tak update blog  agaknyer.. Ader rezki InsyaAllah update. :-) he3. Pasal cuti hari raya ni, lanun nak wat ucapan lah sket.. he3. Ucap awal2 lah kan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua pembaca blog  nie. he3..  awal sangat ek? takut tak sempat lak kan..

Hari raya Aidiladha, hari raya qurban orang melayu panggil. Ape anda faham tentang hari raya qurban ni??? Hmm?? Tny diri sendiri k.. Renung semula peristiwa sempena hari raya qurban ni.. Ape maksud die.. ape pengajaran dier..pasti ader pengajaran yang besar boleh kita dapat.. Insya Allah.. banyakkan bertakbir masa hari besar tu nanti..dan jangan lupa nanti n g lh tolong majlis qurban pada hari tu k.. tengok penyembelihan tu :-) n raikan dengan cara yang betul...

p/s : Semoga kalian semua dirahmati Allah selalu..  Nak sambut Aidiladha Cara betul?? KLIK




AIDIL ADHA : Keutamaan Ibadah Qurban...

0 komen disini yer..
Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

“Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

AIDIL ADHA : Sejarah Ibadah qurban...

3 komen disini yer..
Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

16 November 2009

Nak Tengok TV : Tengok TV Online Disini

8 komen disini yer..
Korang teringin tak tengok saluran-saluran TV yang ada kat astro tak ? Cartoon,Bola, ESPN, HBO, Star Movies,Dragon Ball, Korean Drama and macam-macam lagi lar. Tapi saluran Astro Ria takda lakan. Memang 24hours... Minat??

14 November 2009

Alhamdulillah... Sem ni dah tamat, 1 sem ja lagi.. & 10 List Perkara kena Alert.

8 komen disini yer..
Salam....

Malam tadi lena betul lanun tido.. 2 minggu lepas tido memang tak lena, maklum la hati gundah gulana disebabkan final exam. Semalam paper last, hari ni kire dah merdeka. Alhamdulillah minggu exam aritu dikurniakan kesihatan, dan kemudahan. Walaupun ade jugak soalan / paper yang lanun tak boleh jawab, tapi masih bersyukur pada Allah sebab dapat habiskan semester ni.

13 November 2009

Lembu Makan Ayam....& Final Exam... Tamat... merdeka ???

4 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah... Lanun n kawan2 budak BENE sume baru ja habiskan paper Robotic kul 10.30 am tadi. Ape-ape yang dijawab tadi tak da ingatdah, cuma yang kami ingat kami dah merdeka. he3.. Tamat lah semester ni.. cuma ada report PSM yang kena setelkan.. Em..Hujung minggu ni lah buat report tu, hari ni rehat sepuas-puasnya.

Balik kampung? ada gak orang tanya tadi.. tapi tak tahu lagi bila nak balik, sebab ada perkara-perkara yang perlu disetelkan. Nak jumpa lecterer dan semak markah. Selain tu, hari isnin and selasa ni ader program lak kat Pantai Klebang, kursus "make youself employable". Itu nanti kiter citer dalam post lain.

Ok lah.. nak g solat jumaat..
sebelum tu layan video klip pelik ni...





* Back To Halaman Utama *

12 November 2009

Esok Pagi... paper last.... Leganya...

5 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah hari ini lanun n kawan2 sume sihat2 belaka menghadapi musim exam. yang memigrainkan kepala ni. Walaupun hari nak hujan jar sekarang, kadang2 balik exam, pegi exam pun kena hujan, alhamdulillah xda pa, n masih sehat.

Petang tadi selesai lagi satu paper Proses Instrumentation. Besok pulak, 8.30Am paper terakhir subjek robotik. Pas exam tadi sempat jumpa lecturer jap tanya pasal projek PSM, masa kat sana buka lak citer pasal paper Electric drive hari tu, ramai yang dapat terok. Hmm.. ape nasib lanun agaknyer. Lecturer bagi lanun tengok2 tadi, belek2 paper lanun dier tak semak lagi, Debar pulak tengok markah orang lain. Hu3,xpelah.. ape2 pun esok paper last, malas nak fikir paper electric drive tu.

Doakan lanun n kawan2 :-) esok paper last...

Jom kite dgr lagu ni... Syahdu dan menginsafkan...





* Back To Halaman Utama *

10 November 2009

Lanun Exam Malam ni Lagi....Hiburkan Hati.... Kurangkan Tekanan....

3 komen disini yer..
Salam...

Lanun post artikel ni masa ngah study subjek Electric Drive, paper ni exam malam ni kul 8.30pm (10november). aTak nafikan lanun memang rasa nervous ni..hu3 Rasa macam tak leh jawab jar. Subjek ni la paling tough rasanyer sem ni. Apapun, usaha tetap diteruskan, sebab itu satu-satu nya jalan untuk kita berjaya. Lanun dambakan doa semua kawan-kawan :-) doakan semua sahabat2 kita yang ngah examweek, berjaya dengan cemerlang semester ni.. InsyaAllah.. Do d best!!

Layan nasyid jap, tenangkan hati.. :





* Back To Halaman Utama *

09 November 2009

Tension?? Ni Game Nak Release Tension...he3 (18G)

7 komen disini yer..
Salam...

Game ni lanun jumpa masa dok cari artikel berkaitan stress dan tekanan. Game ni leh la untuk lepaskan geram n tension korang tu..he3.. (tapi ganas sket..)Just for fun and suka suki k. Tak lebih dari tu. :-)

Nak main sila klik Jom Sambung Baca..

Moral : Peace No war.. Ketenangan yang sebenar hanyalah dari Allah SWT..



Stick Stress Relief Flash Game Code

* Back To Halaman Utama *

Tekanan Yang Menekan? Sampai Bila?

0 komen disini yer..
BUAT RENUNGAN SAHABAT-SAHABAT YANG MENGHADAPI MUSIM EXAM :-)

Setiap kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyiksa jiwa adalah merupakan ujian allah s.w.t, untuk menguji sejauh mana iman kita . Iman perlu kepada ujian.Sebagaimana firman allah s.w.t yang bermaksud:


"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".Al-Baqarah ayat 155


Islam telah memberikan beberapa garis panduan bagi nmenghadapi masalah atau tekanan hidup kepada setiap individu muslim. Antaranya ialah :

1- Sandarkan harapan kita dan pergantungan kepada allah.

Hanya allah s.w.t sahajalah tempat untuk kita menyandarkan harapan dan sebagai tempat bergantung apabila menghadapi sesuatu tekanan, dengan penuh kesabaran dan keyakinan terhadap allah s.w.t. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik senjata bagi orang mukmin adalah kesabaran dan doa (mohon pertolongan allah s.w.t)".

2- Mohon pertolongan dari Allah s.w.t.

Kita sebagai makhluk allah perlulah menyedari tentang peranan dan tanggungjawab kita kepada allah s.w.t. Ini kerana kita telah membuat ikrar dan pengakuan yang berulang-ulang kali dalam bacaan surah al-fateha, dimana kita menyerahkan dan mengabadikan diri hanya kepada allah dan kepadanya jualah kita memohon pertolongan. Maka wajarkah kita buat berulang-ulang kali?. Inilah perkara yang perlu kita fahami supaya kita sentiasa teguh dengan pegangan akidah islam yang sebenarnya. Perkara yang penting untuk memohon pertolongan dengan allah bukanlah semata-mata pertolongan, bahkan perlu didahului dengan menjaga persoalan isbadat seperti solat dan ibadat yang lain, yang mana kesemuanya dilaksanakan dengan penuh sabar dan redha, dengan ketentuan allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Al-Baqarah ayat 45

3- Jangan kita sedih dan kecewa.

Kita jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya tingkatkanlah usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadap allah s.w.t disamping sebagai peringatan kepada mereka yang ditimpa masalah, sebagaimana firmannya:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), pada hal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman".

Ali-Imran ayat 139

4- Berkongsi masalah.

Luahkanlah masalah tersebut pada teman-teman yang bertakwa lagi boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung. Suami harus berteru terang dengan isteri bila menghadapi masalah, begitu juga isteri dan juga anak-anak haruslah berbincang dan bersikap mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka, begitu juga pelajar boleh berkongsi masalah dengan guru dan sebagainya.




* Back To Halaman Utama *

04 November 2009

Photo Shoot : Hari Exam.... ( Antara Ceria & Tekanan)

16 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah.. malam tadi selamat selesai satu paper final exam lanun dan kawan2 lain. Malam tadi paper Project Management berlansung dari 8.30pm-10.30pm. Malam tadi hari hujan membuat hari jadi sejuk, ditambah pulak dengan keadaan dewan besar utem yang beringin dan sujuk tahap gaban. Semasa exam berlansung ramai kawan-kawan lanun bergilir ke tandas, sejuk giler kan. Ape2 pun malas nak bincang dah pasal malm tadi, dah lepas dan kosentret pada 4 subjek lg akan datang.

Malam tadi sempat jugak lanun amik gambar sket untuk tatapan semua :-)
Jom kite tengok, gambar ni lanun campur sket gambar 1,2 hari sebelum exam dan gambar masa hari exam malam tadi..







* Back To Halaman Utama *

02 November 2009

PICS : Oh! Teruknyer Bilik Bersepah !!! = Final Exam ???

15 komen disini yer..
Salam...

Dah masuk pun minggu final exam kan... Besok Lanun paper 1st,hu3.. Nak cite sket, memang minggu exam ni kita jadi kelam kabut sedikit, nervous, risau n gelabah, dan terkejar-kejar je rasanya. Masa rasa cepat, lebih cepat dari masa lain kan. Tapi sebaliknya kita je yang rasa macam tu, fikiran kita yang berserabut dengan macam2 perasaan tu buat kita rasa seperti masa macam menghimpit jer.. Nak buat keje lain pun macam rasa tak sempat2 pulak.. basuh kain, mengemas, susun barang, basuh motor,blogging he3 dan yang sewaktu dengan nya..

Padahal boleh ja kan? Tenang k.. (tapi jangan la tenang sampai rileks selamber rock je k..he3). Kebetulan korang ngah baca lanun pok-pek pok-pek ni kita santai jap tengok gambar kat bawah ni. Ni kira contoh orang yang betul-betul tak ada masa untuk mengemas, dier sibuk kot gamaknya... Korang jangan la sibuk sampai jadi macam ni k. Teruk.. memang teruk.. Jom Tengok.. Bilik paling bersepah...??












Lanun : MasyaAllah... Ni bukan bersepah ni.. Ni dah tahap tempat sampah ni.. Moral nya, lapang2kan masa anda mengemas time final ni k, walaupun sibuk... tempat kiter tido, tempat kiter study wajib kemas, baru selesa nak rehat dan study. Gud Luck Semua.. lanun doakan kita semua dipermudahkan urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang.. InsyaAllah... :-)


* Back To Halaman Utama *

Kapsul ubat di Malaysia guna Gelatin BABI dicop halal

1 komen disini yer..

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.


Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.


"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.


Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.


Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.


Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.


Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.


Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.


Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA



* Back To Halaman Utama *

31 October 2009

Aksi & Posing Maut Lalat Dan Rakan-Rakannya....

15 komen disini yer..
Salam....

Final exam makin dekat.. tekanan yang membakar mula menghangatkan suasana.. he3,series tak senang duduk beb. (tapi sempat update blog lagi..he3). Alhamdulillah, Dalam hadapi stress ni ada insan yang memberi semangat :-) dan juga kawan-kawan sama-sama study ngan kite menjadikan tekanan tu terubat sedikit. Selain tu, banyak benda dpt kiter kongsi n tukar-tukar dalam study group ni. Ia satu contoh jemaah, pastinya bergerak dalam jemaah ni banyak hikmahnya.

Actually lanun nak share beberapa gambar ni, nak release tension sket, maklumla semua yang ngah dalam tekanan.. (atau lanun sorg yang tension?) Jom kiter usyar2 pics ni, semua ade 13 gambar, gambar-gambar posing maut yang cam best!!

















* Back To Halaman Utama *

29 October 2009

TIPS : Menjadi ibu bapa yg mithali...

9 komen disini yer..
Assalamualaikum & Slamat sore kepada semua pembaca lanun... Lama x bersua.. kali ini C.U ingin berkongsi sdikit persoalan untuk sama2 kita jadikan panduan dalam mendidik anak2 kita nanti. kalau yang dah ada anak tu, bolehlah gunakan untuk muhasabah diri, betulkah cara didikan yang diberikan kpd anak2 selama ini..
(^_*)
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.Dalam mendidik anak2, mungkin ada antara cara ibu bapa gunakan itu tidak sesuai atau memang tak patut langsung. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengancara didikan ibu bapa. Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap anak-anak. Antaranya ialah :

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah. anak-anak.

16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18.Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak

21.Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28.Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39.Tidak tegas mendidik anak-anak.
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.




* Back To Halaman Utama *

28 October 2009

Artis, Kita Tabik Syaitan : Isyarat Tangan Ajaran Syaitan...

10 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah...tadi lanun baru sahaja selesai pembentangan seminar Projek Sarjana Muda PSM 1. Tiba-tiba lanun rasa nak posting sesuatu kat blog nih. jadi hari ni lanun nak share sesuatu yang ramai orang selalu buat benda ni, apatahlagi orang yang suka dengan muzik. Antara golongan yang selalu adalah golongan artis.

Apa yang lanun maksudkan adalah isyarat tangan/jari syaitan..Yap, ajaran syaitan! Tak percaya? Cuba baca lagi untuk tahu kisah penuh.


Sebelum tu jom tengok gambar-gambar ni...






Nampak tak? kat atas tu.. isyarat tangan yang lanun maksudkan. Di bawah ni ada penerangan yang menunjukkan bahawa apa yang dierorg buat n kadang-kadang kite pun buat jugak adalah sesuatu yang berasal dari ajaran sesat/ ajaran syaitan. Jom kite usyar ape maksud isyarat tangan yang kite anggap "kool" tu.. sebenarnye tanda hormat/tabik pada syaitan.



Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.
Horned God - mewakiliki tuhan sihir bertanduk (Pan atau Cernunnos ) ia menggunakan tangan kanan dan ibu jari dibawah dua jari yang dibengkokkan.




Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.
Horned Tangan Tanda pengiktirafan antara mereka di Occult. Ketika menunjuk pada seseorang, itu adalah dimaksudkan untuk tempat kutukan. Perhatikan ibu jari di atas jari dan diberikan oleh tangan kiri.


Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above
Penyihir Masuk atau Moon Sign Digunakan untuk memberi hormat kepada bulan naik. Juga digunakan oleh peselancar dan pasukan bola sepak. Ini adalah tanda bahawa kehebohan harus menggunakan untuk menunjukkan "Um Hook" tanduk, Bukan 2 di atas.



Anton LaVey, leader and founder of theChurch of Satan.
Anton LaVey, pemimpin dan pengasas theChurch Syaitan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author ofThe Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.
Atas: Anton LaVey, pendiri Gereja Setan dan penulis ofthe Satanic Bible, yang memaparkan "Horned Hand" (juga disebut "syaitan memberi hormat" dan Il Cornuto) dengan tangan kiri, di sampul belakang The Satanic Bible.



A Satanic Ritual
Left Pic: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)

A Satanic Ritual
Gambar kiri: (Syaitan membuat "syaitan memberi hormat" anda memaparkan sebuah altar Kambing daripada Mendes atau Baphomet, mengiktiraf kesetiaan mereka kepada syaitan, selama ritual setan.)




Left, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.
Gambar Kiri, dari Satanic Bible: The 'Satanic Salute', Horned Hand atau The Mano Cornuto adalah isyarat kesetiaan antara ahli Satanisme mereka 'bertanduk dewa', sebuah tanda pengiktirafan dan kesetiaan.

Lanun harap kita tak lagi melakukan sesuatu tanpa kita tahu ape ia sebenarnyer. Sekarang kita apatahlagi remaja lebih banyak meniru perbuatan Masyarakat Barat tanpa memikirkan ape sebenarnye maksud dan implikasi setiap perbuatan yang kita ikuti tu. Kita tidak perlu ikut mereka semata-semata nak popular atau nak nampak kool. Padahnya jika kita mengikut perbuatan ini, akan membuat kita terjebak dalam dosa kerana menghampiri perkara yang membawa kepada khurafat dan syirik.

Mari kita renung ayat ni.. :-)


"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur'an dengan jihad yang besar. "(Alfurqan 52)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)’

* Back To Halaman Utama *