03 September 2009

Seruan : Mari Doakan Keselamatan Saudara Kita Di Selatan Thailand...

Salam...

Terkejut dan bimbang.. Itulah yang daat digambarkan selepas lanun baca artikel berita di beritaharian online sebentar tadi.. Mangsa keganasan di Yala Selatan thailand kini meningkat sehingga 11 orang..

Majoriti penduduk di sana seperti kita tahu adalah orang islam seperti kita. Beberapa siri keganasan dan pembunuhan dilaporkan lagi. Keadaan tidak stabil ini berlaku sedang mereka berpuasa didalam Ramadhan..Pastinya mereka berada dalam ketakutan dan bimbang untuk melakukan aktiviti seharian.. Oleh itu, Lanun menyeru semua untuk berdoa untuk saudara seagama kita disana..

"Ya Allah bantulah Umat Islam di selatan thailand.. Lindungi mereka.. Teguhkan Agama mereka..., Engkau kurniakan mereka kekuatan untuk menempuh situasi disana Ya Allah.."


BERITA HARIAN :

YALA: Sebelas orang termasuk orang awam, tentera dan militan ditembak mati di Wilayah Selatan Thai apabila keganasan dilaporkan meningkat ketika penduduk yang majoritinya umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.


Dalam kejadian berasingan semalam, seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang anggota tentera ketika sedang menunggang motosikal di Wilayah Narathiwat.

Selang beberapa jam, seorang timbalan ketua kampung ditembak mati di sebuah kedai kopi di wilayah sama.
Jurucakap polis berkata, seorang lelaki Islam juga ditembak mati dengan isterinya parah ketika pulang dari sebuah sekolah agama di Narathiwat.

Di wilayah jiran di Pattani, seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang guru agama Islam dan anak lelakinya berusia 13 tahun, lewat semalam.

Sebelum itu, lelaki sama menembak mati seorang calon pentadbir daerah ketika pulang daripada menunaikan solat di sebuah masjid.
Kejadian juga berlaku di Yala membabitkan seorang lelaki Islam maut ditembak ketika sedang berbuka puasa di rumahnya, malam tadi. - AFP


* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

CoKLaT uNGu said...

na'uzubillah....
sdara mara saya ada di sana.. Kampung Kangal di selatan thai..semoga Allah lindungi kalian..
Sama2lah kita doakan mereka..
di sana memang sntiasa berlaku rusuhan..
sy pernah tengok gambar tragedi anak lelaki(seorg penagih) menakik tengkuk bapa, adik, & kakaknya yg tengah menunggu hari untuk bersalin..na'uzubillah....
tolonglah selamatkan mereka yg x bersalah. .

LaNuNsepet said...

yer coklatungu... Kita doakan sama2..Semoga dieorg dilindungi Allah SWT..

kuina said...

sama2lah kita berdoa utk mereka