01 September 2009

'Spiderman' akhirnya tawan Menara Petronas ( Video )




Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.




Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

"Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

"Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.
Panjat dua jam

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.

AKSI ALIANROBERT MEMANJAT KLCC PAGI TADI...





INI ADALAH ANTARA AKSI MAMAT LABAH2 NI... NI MASA KAT ABU DHABI....




KATA2 MAMAT LABAH2....

"Climbing is my passion, my philosophy of life. Although I suffer from vertigo, although my accidents left me disabled up to 60%, I have become the best solo climber.

Now, as a solo climber and as a skilled speaker, here’s the message I wish to send to people. We set ourselves limits, but we are all strong enough to aim higher, to achieve our goals. All we have to do is find such strength within ourselves. Know how to develop it.

Welcome to my website, let me share my love of adventure with you ! I do think that sometimes faith can move mountains …"


NI WEBSITE DIER.. : http://www.alainrobert.com/


Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

LaNuNsepet said...

cube baca ape motto alianrobert ni kat atas tu..
dier kate : kiter kene yakin dgn diri,kite kuat, kiter boleh mencapai ape impian kita sekiranya kenal diri..bangkitkan kekuatan diri...

bagus jugak kata2 smgt dier tu...

CoKLaT uNGu said...

memang bagus, tp cara die tonjolkan tu mcm x sesuai la..

LaNuNsepet said...

semangat kuat.. tapi membahayakan diri lak kan..
Si spiderman ni dah terlatih...sebab tu dier hebat..

Berita terbaru.. dier dah kena saman RM2000 kerana menceroboh bangunan KLCC...

nape dier tak mintak jer ek.. kan senang..

CoKLaT uNGu said...

dah masuk 'dalam' pun..hehe