06 November 2010

Banjir Di Kedah dan Perlis, Lanun harap semua bersabar dengan ujian.

Salam...
Semua tahu tentang musim hujan yang melanda kawasan utara tanah air kita. Selepas edisi hujan yang tak henti henti  menyebabkan banjir di negeri Kedah dan Perlis. Menurut berita, banjir ini lain dari yang sebelum ini, bermakna ia lebih teruk. Selain tu dari maklumat yang Lanun terima kawasan di Kuala Nerang yang sebelum ini tidak pernah banjir sehingga ke paras gadu kini pada beberapa hari lalu ia terjadi. 

Lanun harap semua beri kerjasam pada unit penguatkuasa, sekiranya diberi arahan berpindah sila patuh. Jaga keselamatan dan utamakan nyawa dan dokumen penting. Semoga semua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian ini.

Gambar ehsan dari Kedahlanie.blogspot.com ( berita terkini dari kedah )

“Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas.” Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.
Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

aque said...

kesiannye.... air naik tingginye... semoge air cepat surut...

aque said...
This comment has been removed by the author.
suffer8zine said...

mmg teruk banjir kali ni, ramai yg meninggal, final exam uum pon kene tangguh

Terkini : Mati disengat tebuan

Abd Rahim said...

Dahsyat sungguh banjir nie..kesian kat mangsa..mgkin inilah dugaan dari Allah SWT..

LaNuNsepet said...

yer dugaan.. lanun tak pernah alami banjir, bagi yang kena harap bersabar. Insyaallah bantuan akan sampai. n jgn lupa dokumen penting selamatkan dulu.

stanoxyl 50 said...

Wow its a very good post. The information provided by you is really very good and helpful for me.