30 September 2009

(Gambar) Gempar !! Tsunami Melanda Samoa....

PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa.

Gambar Boleh Anda Lihat Di Bawah :


Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

Setakat Ini Hanya ini photo yang sampai ke jabatan berita
kerana banyak kawasan terputus hubungan.
















* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

LaNuNsepet said...

dulu dgr pasal tsunami,gempa bumi, tak risau mana.. sebab msia seperti selamat dari semua tu. Tapi skrg.. rasenyer tak boleh fikir macam tu lagi..

akhir zaman...