28 February 2010

GAMBAR : Kemusnahan!! Gempa Bumi Di Chile & Amaran Tsunami Dikeluarkan...

Salam...

Seperti yang kita baca didalam berita, gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun. Sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT).

Lihat kerosakan yang berlaku selepas gempa bumi dibawah :


****Gambar & Latest Update Picture / kemaskini terbaru 
Chile Earthquake dari Boston bigpicture






















































1st Update, 1:35 pm Eastern Time














2nd Update, 4:30 pm Eastern Time


















3rd Update, 6:15 pm Eastern Time















































 Update Lain :

Lanunsepet :ISLAMABAD: Gempa bumi sederhana menggegarkan utara Pakistan dan Afghanistan tetapi tiada laporan mengenai kecederaan atau kemusnahan. 

Lanunsepet :Update lain KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada jam 11.58 pagi tadi. [bharian.com.my]

Lanunsepet :MOSCOW: Russia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi teruk melanda Chile dan melancarkan pemindahan di semenanjung Pasifiknya, Kamchatka, tapi sudah ditarik balik semula.

Lanunsepet :SYDNEY: Tsunami yang dijana gempa bumi bermagnitud 8.8 di Chile melanda pantai di timur Australia hari ini tetapi tiada laporan awal mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa.

Lanunsepet :TOKYO: Tsunami sehingga ketinggian tiga meter boleh melanda pantai Pasifik Jepun berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 yang menggegarkan tengah Chile, kata seorang pegawai Agensi Meteorologi Jepun.

Lanunsepet :MANILA: Filipina mengerah pemindahan terhad di kawasan pantai 19 negeri di sepanjang pantai timur negara itu selepas meningkatkan tahap amaran tsunami berikutan gempa bumi kuat di Chile.


* Back To Halaman Utama *


Blog Widget by LinkWithin

14 komen disini yer..:

Mrs H said...

uiii dasyatnye... subhanallah.. takutnye aku

aida said...

kecian...
moga2.. ada hikmah disebalik kejadian~

Kaseh Esmiralda said...

teringat balik movie 2012...

kiamat sudah dekat!

LaNuNsepet said...

betul tu...macam muvi 2012.. gerunn..

adakah bumi dah mula nazak???

Anonymous said...

takut..n cuaca sekarang sangat terik.seram.kepanasan setiap hari..

Nor Hayati B. said...

ya Allah..

takutnyerrr.. :(

MR.Z said...

teruknya..dah macam2 dah berlaku skrg, petanda tu bumi dah nazak..

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

tak lama dah tu,Haiti kemudian Chile,lepas tu mana pula?

mawar khayalan said...

gerunlah.....mintak dijauhkan....amin!

renee said...

Wahai umat Muhammad, bertaubatlah..petanda amaran Allah sudah keluarkan, baca dan hayatilah makna surah Yaasin..moga anda akan mendapat petunjuk..amin.

Anonymous said...

Allahu akhbar. Jagalah makan minum kita. jangan tertelan pada syubhah. Laknat Allah banyak caranya. hindari diri kita dari dikuasai oleh bukan Islam. Yahudi dan Nasrani tak akan senang hati selagi kita tak ikut cara mereka. melalui makanan mereka menyerang. akibatnya hilang malu, buang bayi, minum arak, x ada rasa kesian sesama kita dll.

LaNuNsepet said...

tq 4 komen semua... tq jugak atas nasihat dan peringatan...

biler tgk pic ni mmg dahsyat n menakutkan,silih berganti gempa bumi sekarang...

malaysia tak terkecuali satu hari nanti.. jgn igt kita selamat.. bala Allah boleh dtg dalam pelbagai bentuk..

Anonymous said...

plate tektonik diganggu menyebabkan keretakan dan gegaran yg boleh menyebabkan gempa bumi...

Anonymous said...

If you would lіke to incгeasе your
know-how ϳust keep visiting this web ρage and
be updateԁ ωith the most recent news update postеd herе.


Fеel fгee to surf tο my site ejaculation training