11 May 2011

Hukum Makan Ikan Yang Tidak Dibuang Perut / Tidak Disiang


Salam..
Lanun kongsikan jawapan dari Ustaz Zaharudin berkaitan dengan persoalan yang dibangkit kan oleh polan bin polan berkaitan dengan memakan ikan yang tidak di perut atau pun yang tidak disiang perut @ najisnya. Kebetulan Lanun tinggal di kawasan yang majoriti penduduk disini memasak ikan tanpa membuang perut, yang mungkin mereka dah biasa. So, tanpa buang masa jemputlah baca he3.. Semoga ada manfaat kita bersama yer.

Apa Hukumnya Halal @ Haram?

Islam datang, sedang manusia masih dalam keadaan demikian dalam memandang masalah makanan berupa binatang. Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.
Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Point 1 : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai..dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Point 2 : Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.


Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

"Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:

"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Umar berkata: Yang dimaksud shaiduhu, yaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), yaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahwa yang dimaksud thaamuhu, yaitu bangkainya.

Zaman Nabi, Sahabat makan bangkai ikan besar

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)

DR YUSOF AL-qaradawi MENYEBUT :

Binatang laut yaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut kebutuhannya dengan usaha semaksimal mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:

"Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)

"Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)


KESIMPULAN :

DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, INI BERMAKNA IA MENURUTI HUKUM DAGINGNYA SEBAGAIMANA DALIL DI ATAS, IAITU HARUS DI MAKAN.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianaya tidak baik untuk keshihatan dan adat mendapatinya sebagai kotor..maka adalah baik untuk menjauhinya. [ada pendapat mengatakan bahawa insang dan perutnya tempat pembiakan mikroorganisma yang mungkin boleh bawa penyakit, tapi bukti tu Lanun masih tak jumpa]. Kepala ikan pun sbrnya nampak mcm kotor dan mengerikan, tapi ramai org suka kari kepala ikan..cuma belum ada kari perut ikan sahaja.

Maka dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sgt kecil dan ia adalah harus , siapa nak buang, tak ada masalah, siapa yg termakan atau memang nak makan pun tak de masalah.

Sekian
Ust zaharuddin
28 Mei 07

p/s : Alhamdulillah ianya bukan jatuh haram seperti sesetengah orang berpendapat. Lanun berpendapat tidak ada masalah, tetapi lebih baik dibuang kerana untuk menjaga kebersihan makanan, dan juga dapat membuang was was orang yang geli melihat perut ikan / insangnya. Selesai!


Baca pendapat Lain :
  1. MEMAKAN ISI PERUT IKAN : ADAKAH NAJIS ? [kata haram]
Blog Widget by LinkWithin

12 komen disini yer..:

Unknown said...

Ikan kering memang jarang dibuang perutnya

aque said...

wargh.. baru ni tahu.... tapi kalau telur ikan nak dibuang sayang.. sedap... huhuhuhu

Unknown said...

malaseh encik lanun, ilmu yang bermanfaat di petang2 sebeginih!

jaya jr said...

nice info lanun..huhu,TQ

azima said...

terima kasih atas info nie...

dan said...

.ikan tu bangkai ler. Bangkai ialah haiwan yg mati tanpa disembelih secara syarak....

dan said...

.ikan tu bangkai ler. Bangkai ialah haiwan yg mati tanpa disembelih secara syarak....

Zasha said...

Tapi lebih elok dibuang dulu isi perutnya kan....

sustanon 350 said...

Wow its a very good post. The information provided by you is really very good and helpful for me.

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

.................................................................

▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

..................................................................

▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

...............................................................

Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

Anonymous said...

Ikan tak perlu sembelih cik. Jenuh la jika tak sembelih kira bangkai