22 June 2011

Aku Seorang Blogger



Salam..
Siapa Lanunsepet? ramai rasanya tak kenal Lanun, ya..perkenalkan aku seorang blogger. Ni Lanun kongsikan bebelan Lanun yang panjang lebar dibawah.. so sebelum kita mulakan pelayaran ni..ni nak bagitahu, post kali ini adalah sempena dengan contest SEO yang di jalankan oleh 2dayblogger.com dengan tema keyword pilihan Aku Seorang Blogger.

Aku bukan seorang blogger yang tegar tapi nak masuk jugak hehe Lagipun ilmu blogger pun masih banyak Lanun tak reti, dan aktiviti Blogger satu pun Lanun tak pernah lagi berkesempatan nak join..Jadi dengan rasa rendah diri Lanun join contest Aku Seorang Blogger ni.

Sejarah sket yer.. Lanun dah hampir dua tahun jadi seorang blogger. Bermula dengan post pertama pada 24julai2009 lanun perlahan perlahan memahami selok belok profession seorang blogger. Ingatkan susah, padahal punyalah kacang senang menjadi blogger ni. Terimakasih pada Blogspot yang memudahkan perjalanan blogger.

Sambung pembacaan anda.. (AWAS, bahan mudah bosan dibawah.. he3)




Selain dari tu.. Banyakkkk dah weh..Lanun pegi menuntut dengan Blog Guru, antaranya kawan Lanun sendiri, yang juga seorang blogger, Faiz. Korang leh menyusup masuk blog dia di www.mohdfaiz.co.cc ni k, sebelah bilik Lanun jer. Beliau ni paling banyak bagi info dan kenalkan Lanun dengan blogger blogger terkenal seperti JustKhai dan bla bla. Banyak kami tempuh sama sama sebagai seorang blogger, antaranya kamilah paling paling tekanan bila internet down, sebab kami sangat intim dengan streamyx he3..takleh pisah.

Masa mula dulu dulu, Lanun amik keputusan jadi seorang blogger hanyalah sekadar untuk blogging pasal maklumat dan aktiviti dengan kawan kawan saja. Mula lah copy paste itu dan ini, gambar menarik dan pelik, tips kesihatan, info dan apa saje dengan hasrat dapat menambah pembaca dan peminat pada blog Lanun ni. Sebab..apa ertinya seorang blogger, tanpa pembaca bukan? Tapi cukup payah nak pembaca, bayangkan kita letak gambar yang ramai dah tengok.. entah entah kita orang ke 200 post entry tu. Jadi kena cari cara lain, aku kan seorang Blogger..peras "otak blog" kau Lanun..tiap hari menghadap skrin laptop berfikir.

Sejak masuk dunia seorang Blogger macam macam Lanun kenal, HTML kod lah, UV trafik lah, Follow lah , Give away, Award dan berduyun duyun lagi isi dunia Blogger. Lanun juga telah diperkenalkan dengan Nuffnang dan Advertlets. Takkan nak blogging kosong kan, ja? Sambil menyelam minum air. Bermulalah usaha keras titik peluh seorang blogger tergila gilakan earning $$$$.. Lanun mula usaha tahap gaban mengejar Earning dan Trafik demi melihat kenaikan pada earning di Nuffnang dan Advertlets

Penat sebenarnya kejar earning macam tu. Sehinggakan Lanun kena stay up mencari "klik", "balas klik" dan "up trafik". Adakah seorang blogger perlu terikat kerana duit sampai jadi macam tu?Lanun mula sedar cara yang Lanun guna tu salah. Memang boleh dapat duit, tapi tak ikut undang undang dan penat pulak tu. Kena cari cara lain, macam mana yer?

Sejak dari itu, Lanun jumpa sesuatu stail yang baru. Stail atau identiti seorang blogger yang lebih fokus kepada matlamat tertentu. Lanun ambil keputusan untuk blogging sambil memberi sesuatu. Bagaimana? Dengan beri maklumat. Sejak dari itu Lanun mula giat mencari maklumat mengenai tutorial, ilmu agama, fakta, akademik, ipta, ipts, sambung study, dan sebagainya. Mudahkan pembaca blog kita dan pelayar internet yang mencari info sebegini, supaya apa yang mereka nak, mereka jumpa. Satu kepuasan melihat mereka berterimakasih. Aku seorang Blogger dan aku membantu orang lain.

Selian itu juga, Lanun juga berazam untuk memberi hanya maklumat yang baik dan bermanfaat kepada para pembaca. Bukan gosip, bukan hiburan rancangan realiti, bukan artis, bukan fitnah, bukan drama drama yang tidak sihat, bukan penambah dosa, dan yang sewaktu dengannya. Kenapa? kerana sebagai seorang blogger kita ada tanggungjawab kepada apa yang kita tulis. Adakah kita nak jadi penggalak kepada sesuatu yang tidak baik? Tanya diri anda yang juga seorang blogger.

Lanun sedar.. trafik tinggi boleh jana earning yang bayak, keyword dari perkara perkara di atas juga memang tip top. Bukan tak tahu, tahu.. tapi sengaja tidak mahu. Biar trafik kita tinggi dengan sesuatu yang berfaedah. Alhamdulillah, walaupun tidak diisi dengan maklumat yang Lanun cerita tadi. Blog Lanunsepet telah jana hampir RM1000 sejak berblogging dua tahun lalu. Memang tak banyak tapi ia adalah usaha seorang Blogger.

Bila Blog kita di isi dengan sesuatu yang menyedarkan dan memberi ilmu. Tidakkah itu jasa yang besar dari seorang Blogger? sebab tu Lanun puji dan sanjung blogger bidang agama, motivasi dan tutorial..Anda adalah pendidik. Dari tu, hinggalah ke hari ini Lanun cuba mengekalkan identiti seorang blogger pemberi maklumat.

Kadang kala, Lanun juga selitkan artikel artikel yang santai, dalam masa yang sama merehatkan minda Lanun juga..Lanun akui ada masanya tak tak tahu post apa, mungkin Lanun bukan seorang Blogger macam Ben Ashaari yang memang banyak idea he3. Tapi..tidak kira maklumat apa asalkan menjadi kebaikan pada orang lain dan memberi manfaat kepada pembaca itulah jadi keutamaan Lanun. 

Semoga Lanun kekal menjadi seorang blogger yang Lanun sebut tadi. Sentiasa fikirkan, "apa sesuatu yang baik dapat aku kongsikan sebagai seorang blogger buat kalian pembaca semua?" Seorang Blogger boleh menjadi penggegar seperti yang berlaku di Mesir. Seorang Blogger juga boleh jadi pendidik masyarakat seperti Ustaz ustaz yang mempunyai blog.

Tak kira anda hebat atau tak, anda adalah seorang blogger jika ada blog sendiri. Sebagai Seorang Blogger, anda boleh berada di jalan yang membawa kebaikan dan keburukan. Aku seorang blogger, aku dimana? Kamu seorang blogger? kamu dimana?

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger.Com,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids Dan Muje“.

Google Makan Ni!! : Aku seorang Blogger, Blogger Ranking Pertama, First Page Google, SERP, Pemenang Contest SEO, Aku Blogger Berjaya, Berhemah, Disiplin, Kisah Seorang Blogger, Dia Seorang Blogger, Kami Blogger, Gathering Blogger, Bagaimana jadi Blogger aktif, Peringatan Buat Blogger, Blogger Poyo.
Blog Widget by LinkWithin

13 komen disini yer..:

paiz said...

gud luck dude~

Brilliant Marjan said...

Salam..

Semoga Lanun menang.. :)

Lanunsepet Aku Seorang Blogger said...

tq guys n girl..he3
saja jar.. biaq pi ka tak..

Lanunsepet Aku Seorang Blogger

puanbee said...

gud luck lanun :)

Hamba Ilahi said...

salam tuan blog.

saya setuju bahawa berblog sememangnya perlu ada tujuan dan matlamat yang betul dan baik, bahkan perkara-perkara macam inilah yang selalu saya kongsikan di dalam blog saya.

saya berminat dengan blog tuan.

saya jugak nak ajak tuan untuk bertukar feed artikel-artikel terbaru di blog masing-masing (macam blog ben ashaari dengan blog mat gebu).

saya pilih blog tuan sebab blog ni menepati ciri-ciri yang saya cari.

InsyaAllah, keuntungan untuk kedua-dua belah pihak.

saya tunggu jawapan anda, kat sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

harap mendapat pertimbangan yang sewajarnya.(macam surat rasmi plak)

:)

AZRI said...

lanun...first nak cakap

GUDLUCK...

power main SEO ek...laju je Google makan...hehehe...




baru kenal lanun...
hope dapat laa lanun bg tunjuk ajar ok...dah lama blogging kan...mesti dah pakar...hehehe

M a W a D D a H said...

moga dapat jadi blogger yg tiptop...wachhaaaa...haha

Unknown said...

lanunnnn
larikkkk

boleh tahan permulaan kaw
huuuuu

aku paling suka kaw pye aim in blog
nice dude
keep on it :)

http://www.akmalhilmi.com/cerita-aku-seorang-blogger/ :)

HAFIZAL said...

tahniah...teruskan usaha anda sebagai blogger

apis said...

good luck bro! =)

ProfHariz said...

Good Luck Bro..
Boleh pergi jauh nie ;p

AZRI said...

kenapa aku baca entri lanun ni banyak kali ek?
hehehe...

meh baca den punyo lak

http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/liku-aku-seorang-blogger.html

GOODLUCK LANUN :D

Sya Isya said...

setiap blogger ada matlamat dan sebab masing2 berblog. good luck untuk contest ni, ya lanun