13 August 2009

Alfatihah : Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia...........

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

klik BACA SEPENUHNYA untuk lihat LEBIH LAGI.... :-(


BLOG USTAZ ASRI RABBANI : http://asrirabbani.blogspot.com/
LAMAN WER RABBANI : www.rabbani.com.my/



BERITA PENUH : Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut. Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi. "Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya. Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani. Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri. Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.



Siapa tak kenal Ustaz Asri... kelunakan suaranya yang hebat.. Dan lagu2nya yang mantap... teringat gua pada Lagu Pergi Tak Kembali...




















Rabbani antara perintis Nasyid Kotemporari di malaysia... Lagu2 rabbani yang mantop jugak menjadi kegemmaran remaja ia sememangnya popular... Hiburan yang Mendidik...




Beliau juga seorang ustaz dan terkenal dengan kehebatan dalm membacakan ayat suci AlQuran.. Kita kehilangan satu permata sebenarnya...

















Anak2 Ustaz Asri ada 6 kesemuanya... Lawati blog beliau untuk lebih kenal dengan Allahyarham...



Ni adalah anak beliau..Hamdi Rabbani Anakke6. Comel sangat... Ya Allah peliharalah anak ini.... Peliharalah Roh Ustaz Asri....


Alfatihah : Doakan Roh Allahyarham Dicucuri Rahmat....

LANUN: Kita kehilangan satu permata yang sungguh bernilai.. Beliau memang tegar dalam perjuangkan seni Nasyid demi umat Islam.. Supaya kita tidak memilih hiburan yang salah...
Sedih sebenarnya LaNuN...

Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

chekZu said...

huhu..sedih~

CoKLaT uNGu said...

Coklat pun sdih..huk huk...

LaNuNsepet said...

rugi sebnarnya malaysia....hu3 kehilangan permata seni... Alfatihah untuk ustaz asri