19 August 2009

Projek Jambatan Melaka-Sumatera tunggu kelulusan: Ali Rustam

KUALA LUMPUR: Projek jambatan bagi menghubungkan Melaka dan Sumatera akan diteruskan sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, jambatan sepanjang 52 kilometer itu yang dianggar membabitkan kos kira-kira AS$12.5 billion (AS$1.00=RM3.54) akan menghubungkan Teluk Gong di Melaka dan Dumai di Sumatera.

1.dijangka mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk siap.

2.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Projek Jambatan Selat Melaka anjuran Strait Of Malacca Partners Sdn Bhd.

3.Katanya berpotensi menjana sektor ekonomi Malaysia dan Indonesia kerana perjalanan antara kedua-dua negara akan menjadi lebih cepat dan selesa berbanding penggunaan kapal atau feri.

4. Katanya juga "Jambatan ini juga akan mengurangkan penghijrahan pendatang tanpa izin yang sering berlaku sebelum ini sehingga menimbulkan masalah kepada kedua-dua negara,"

5. Idea pembinaan jambatan itu dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi terpaksa dibatalkan buat sementara waktu akibat kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada 1997 dan 1998. - Bernama



Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: