Korang mesti boring kan asyik study..study....stidooow..jerr.. hehe..
Ape kate kali ni, Beta nak bawa anda sumer ke alam yang penuh misteri...
Jom Ikut Beta...
Heheeeeee... X misteri pun.. klaka ckit jerr.. ok kawan2.. kali ni ni beta bawakan crita2 lawak (kononnyer laa) untuk me'relaks'kan otak korang yang penat memikeyy pelbagai masalah kehidupan.. kalo x klaka pun, anggaplah ianya klaka tahap kingkong k..!! Jom kita tengok....
~ CERITA 1 ~ Dua orang kaya dan pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."
King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"
Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, "Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa."
Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : "Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah..... Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je..."
********************
~ CERITA 2 ~ You, ve Got Mail
Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.
Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.
Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apakah ada masalah?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."

~ CERITA 3 ~ Hari Yang Buruk
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.
Lelaki yang empunya gelas terus menangis.
"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.
"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"
"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.....
********************
~ CERITA 4 ~ Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje ....."
********************
~ CERITA 5 ~ Sekolah
Jam sudah pun menunjukkan pukul 7 pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salam... Salam... bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak... Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu : Apa??? tidak mahu pergi sekolah?! Baik, Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!
Ibu : Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!
********************
~ CERITA 6 ~ KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya
dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....
*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*
********************
~ CERITA 7 ~ Teh RM 1.00
Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan meng'order segelas teh ais... Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil
pelayan....
pelayan....
"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"
Dengan muka bad word si pelayan menjawab..
"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan
ada kambing di dalamnya..."
********************
~ CERITA 8 ~ Pemilik pisau lipat
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"
********************
~ CERITA 9 ~ Kemalangan jalanraya
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun...
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.
Polis : "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu ............ #%$$%#*~%$#

~ CERITA 10 ~ Untuk apa kamu datang kesini?
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"
********************
~ CERITA 11 ~ Rahsia Menangkap Ikan.
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tengok cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."
********************
~ CERITA 12 ~ Haram menikahi gadis satu kampung
MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi di antara para pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancarai sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?
Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....
SEKIANNNNNNNN........
COKLAT UNGU : SEMOGA ANDA TERHIBUR DGN CERITA2 PENDEK YANG "KONONNYA" LAWAK TERSEBUT.. (^_*)
7 komen disini yer..:
kelakar tahap gaban... koleksi lawak terhangit nie...he3
he3...banyak ni..kena bagi khatam..
tahap KingKong laaa..
kingkong pulak..gaban lar.. buh gambar gaban depan tu...
Wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
Aitte nanda tamerawanai koto sa
Gaban! Abayo namida
Gaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu keiji gaban!
ha3.. ada gaban gaban pink kat dlm LaNuN rupanya.....
Otoko nandaro? Guzuguzu suru na yo
Ore wa koko daze hito ashi osaki
Hikari no hayasa de ashita e dasshusa
Post a Comment