03 August 2009

JUVANA : Pelajar tetak askar


KUALA TERENGGANU: Hanya kerana menegur seorang pelajar berusia 15 tahun yang menunggang motosikal secara berbahaya, seorang anggota askar wataniah berusia 22 tahun luka di kepala selepas ditetak dengan golok oleh pelajar itu di Kampung Limbongan, Besut, malam Jumaat lalu.
mangsa mengalami luka sepanjang tujuh sentimeter di kepala dan kini mendapat rawatan di Hospital Besut.

Beliau berkata, selepas menegur suspek menunggang motosikal secara berbahaya, mangsa kemudian ke sebuah kedai komputer di kampung itu, kira-kira jam 8.30 malam. Manoharan berkata, kira-kira 15 minit kemudian, suspek bersama rakan datang ke kedai komputer berkenaan dan memaksa mangsa keluar kerana tidak puas hati ditegur.

Katanya, sebaik mangsa keluar dari kedai berkenaan, suspek bersenjatakan sebilah golok terus menetak kepala mangsa sebelum melarikan diri.

LANUN : Budk2 skrg makin berani semacam... Gua pk ni ada salah makan nie... rezeki haram??




Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: