28 February 2010

GAMBAR : Kemusnahan!! Gempa Bumi Di Chile & Amaran Tsunami Dikeluarkan...

14 komen disini yer..
Salam...

Seperti yang kita baca didalam berita, gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun. Sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT).

Lihat kerosakan yang berlaku selepas gempa bumi dibawah :

Apabila Manusia Hilang Kewarasan...

9 komen disini yer..
Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan...

Apalah dosa kanak-kanak ini sehingga diperlakukan sebegini rupa... betapa kejamnya manusia yg sanggup menzalimi seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang belum mengerti apa-apa... C.U anggap perbuatan lelaki yang mendera & membunuh Allahyarhamah Syafia Humairah ini tidak patut lagi disamakan dengan binatang, sebab binatang pun tahu menyayangi anak mereka...astaghfirullahal'azim...

27 February 2010

8 Cara Mencintai Insan Agung Nabi Muhammad SAW...

9 komen disini yer..
Salam...

Sempena dengan bulan RabbiulAwwal ni semua orang memperkatakan tentang sayang Nabi, Rindu Nabi , Cinta nabi, sibuk dengan majlis perarakan dan sebagainya, tetapi apa yang kita lakukan adakah seperti yang kita lafazkan??. Adakah menepati dengan kehendak Islam yang sebenar dalam membuktikan cinta dan rindu?

Kadang-kadang kita kata sayang dan rindu tapi kita pun tak tahu macam mana nak tunjukkan sayang dan rindu tu. Apakah caranya, menyayangi insan mulia yang telah lama meninggalkan kita dengan meninggalkan wasiat yang cukup besar mukjizatnya. So, disini lanun nak kongsikan bagaimana caranya kita mencintai Rasulullah SAW.

Ikuti Penjelasan Dibawah :

26 February 2010

Selawat ke atas Nabi ~renungkan sejenak~

4 komen disini yer..

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,

Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Mi'raj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku

‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’

Salam Maulidurrasul... Tribute Untuk Semua Umat Muhammad... Kempen Gandakan Selawat..

2 komen disini yer..


Coklatungu : sama-sama kita hayati selawat ini :-) 
Lanunsepet : Lanun mengingatkan kepada diri sendiri dan semua memperbanyakkan selawat dan kembali kepada Sunnahnya.. Allahhuma solli ala muhammad... Ya Rabbi Solli alaihi wassallim...

25 February 2010

Memantap ukhuwah, Memperkasa ummah..

4 komen disini yer..
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. :-)
C.U harap sahabat2 pembaca sihat2 hendaknya...
Sepertimana semua dah sedia maklum, esok ialah hari Jumaat, 26 Februari 2010...bersamaan dengan 12 Rabi'ul awwal 1431 Hijrah... di mana pada hari tersebut semua yang bekerja diberi cuti.. bukan senang kan nak cuti, hari2 tertentu yang istimewa sahaja yang diiktiraf sbg cuti umum ni... pendek kata , esok adalah hari yang sangat istimewa kepada kita khususnya umat Islam yang mengaku dirinya beriman kepada Rasulullah S.a.w. Dah la hari Jumaat sememangnya mulia kan, tambah pulak dgn satu lagi kemuliaan yang besar ini... oleh itu, bersempena dgn hari yang mulia dan penuh bermakna ini, C.U ingin menyeru sahabat2 di luar sana sambil mengingatkan diri C.U sendiri, marilah kita sama2 menghayati keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w yang Unggul dan syumul ini... sama2 kita hayati dan jadikan ikutan.. & sama2lah kita berselawat ke atas Rasul junjungan.. :-)



26 February... 12 Rabbiul awwal... Adakah Kita Ingat? Adakah Kita Rindu?

0 komen disini yer..
Salam...

Selawat dan Salam ke atas junjugan besar kita Nabi Muhammad SAW... tak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul, tanggal lahirnya penghulu sekalian umat manusia, padanya diturunkan Alquran mukjizat utama, menjadi panduan bagi kita selepas pemergian baginda. 

Malu kita, bila time Maulidur Rasul lah baru kiter nak banyakkan selawat, barulah kita teringat dan terkenang pada Nabi Muhammad, Ingat pun tak, apatah lagi  melakukan sesuatu membantu Islam, meneruskan amanah. Lanun mengajak marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda.

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang bagaimana bentuk cara berselawat ke atasmu?

24 February 2010

Bahasa Mandarin : Cara Mudah Belajar Bahasa Mandarin....

23 komen disini yer..
Salam...

Sharing is caring... tu la aper yang Lanun cuba nak buat hari ni dalam post ni. Semalam baru jar Lanun selesai amik Test 1 Bahasa Mandarin. Lecturer kiteorg Madam Chong yang kelakar tu cukup banyak membantu, sesuailah tugas nyer sebagai "lao shi" kiteorg.

Untuk hari ni, Lanun nak share satu website yang boleh membantu korang yang belajar mandarin. Lanun ngan member-member lain pun guna website nih. Aper yang menarik dengan website ni, kiter boleh mendengar sebutan, melihat tulisan dan mencari makna perkataan mandarin yang kita kehendaki. Sebutan juga disediakan dalam 2versi, suara lelaki dan perempuan, serta boleh baca dialog di pelbagai situasi dan tempat. Hopefully website nih membantu pembelajaran korang, dan pada sape yang pernah belajar mandarin, boleh la guna untuk review balik.. he3

Jom ushar website ni sekejap :  http://www.nciku.com/


Lanunsepet : Respect ar dengan pemimpin melayu macam IR nizar yang boleh bertutur pelbagai bahasa..

23 February 2010

UTeM : Bas Panorama Melaka Kini Masuk Ke Kampus Induk UTeM...

5 komen disini yer..
Salam..

Kelmarin tak silap Lanun, masa dok kat kafe makan tengahari, lalu satu Bas Panorama Melaka, bas tu dok berhenti kat bus stop biasa tempat student tunggu bas UTEM untuk ke kolej kediaman masing-masing. Kawan pun tegur, "Bas Panorama dah masuk utem ke?".

Yap!!!, kini bas Panorama Melaka telah pun mula beroperasi dari luar untuk ke kampus induk UTEM Durian Tunggal. Untuk berita lanjut dan jadual perjalanan bas panorama ke UTEM, boleh lah baca selanjutnya.


Livescore, Keputusan & Maklumat Perlawanan Bola Sepak Dunia LIVE Cepat & Tepat ...

0 komen disini yer..
Salam..

Baru-baru ni lanun perasan satu link dari google masuk ke blog Lanun. Link tu hasil dari carian google untuk keputusan premiere league. Mungkin mamat tu nak cari keputusan terbaru, tapi skali masuk blog Lanun yang tak pernah update pun pasal bola nih. Yang pernah update tu pun tahun lepas punyer.

Jadi Lanun nak share satu lamanweb yang ramai guna untuk jadikan rujukan keputusan sesuatu match live dan untuk dapatkan maklumat perlawanan bagi Bola sepak untuk pelbagai jenis liga, epl, laliga, seriaa,juara-juara eropah, inggeris dan lain2.. Pepun kawan-kawan lanun memang rujuk livescore, Livescore cepat dan tepat !!!

http://www.livescore.com

22 February 2010

INFO : Vancouver 2010 Sukan Musim Sejuk, Sekilas Pandang....

0 komen disini yer..
Salam...

Lambatnya lanun update pasal olimpik ni, he3.. papepun janji update. Kalu kiter perasan header kat google dah bertukar jadi lain sempena dengan sukan olimpik musim sejuk, di Vancouver. Terdapat 15 acara sukan, dan 5 lagi acara untuk paralympic menjadikan semua 20 acara. Semua acara melibatkan cuaca yang sejuk dan berais so memang tak ada chance lar nak buat kat Malaysia he3. Sukan ni pun nak tamat dah pada 28 februari ni.

Nak tahu lebih lanjut ?


21 February 2010

MARA : Permohonan Ke IKM & Pusat Pengajian Tajaan MARA (IPMa) Dibuka..

12 komen disini yer..
Salam...

Satu lagi info terbaru yang Lanun nak kongsikan buat pelajar yang baru habis SPM 2009 atau pada sesiapa sahaja yang bercadang nak menyambung pengajian di bawah pusat pengajian tajaan MARA (Majlis amanah Rakyat) IPMa sesi 2010 boleh mula buat permohonan mulai 23 februari 2010, secara online atau pergi terus ke pusat pengajian berkaitan.

Pelbagai kursus ditawarkan, Pinjaman dari pihak MARA jugak disediakan bagi calon yang layak. Antara pusat pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

SEMAKAN PERMOHONAN SILA  : KLIK SINI UTK SEMAK
Semakan permohonan ke IKM Sijil Online [KLIKSINI]

Permohonan IPMa Sesi Julai 2010 Untuk DIPLOMA :  ( 23 FEB - 15 APRIL 2010)
  1. KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM),
  2. KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM)
  3. UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL),
  4. KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM),
  5. INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM),
  6. GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI),
IKLAN Permohonan sesi julai 2010 dan Maklumat lanjut kursus [KLIK SINI]
Laman web utama permohonan Online MARA [KLIK SINI]
Kalau TAK DPT BUKA iklan boleh download disini : [KLIK SINI]

Lanunsepet : Pada sape yg berminat please alert k tarikh tutup 15/4/10 !!! adik-adik kita yang susah nak dpt IPTA leh try apply, sebab institut bawah MARA memang bagus.


FREE : Laman Web Koleksi Font Free Percuma..

1 komen disini yer..
Salam...

Bosan dengan tulisan atau "font" kat microsoft word korang?? Nak design /edit picture tapi font tak menarik langsung? Lanun nak kongsikan beberapa website/lamanweb koleksi font free/percuma, Korang leh download, dan guna secara free/percuma. Style/Design kat website font tu memang marvelous!! dan korang boleh pilih mengikut kategori, sesuai dengan style yang korang mahukan. Contohnya konsep grafiti, ala2 chinese, dirty, handwriting, seram dll. Korang leh usyar kat senarai bawah ni k.


20 February 2010

Video Presiden PAS selamatkan Orang Lemas... Ni baru Juara Rakyat!!!!

3 komen disini yer..
Salam.. Jom tengok Rakaman video yang secara tak sengaja membawa kepada aksi menyelamat seorang pakcik, Ahamad Mat Zin (58) yang nyaris lemas kat Pantai Rusila Terengganu. Yang menyelamatkan beliau adalah Presiden PAS dan anak n menantunya. Inilah Juara Rakyat yang sebenarnya!!!

Berita penuh bagaimana kejadian berlaku... [KLIK SINI]


Video Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Selamatkan Mangsa Lemas

Ziarah Kg Kuala Tekai, Cuti dah Habis... Lanunsepet Kembali Lagi...

2 komen disini yer..
Salam..

Ape khabar semua? harap semua sentiasa sehat :-) . Hu3..seminggu blog tak di update, ni la orang panggil cuti sebetul2nye kan. Kalu cuti kiter cuti betul2 kalu kerja or stadi kiter keje & stadi betul2.

Rasanya semua orang cuti mase CNY aritu, kalu tak cuti tu memang korang rajin sungguh bekerja. Macam orang len Lanun pun cuti gak, balik kampung hari tu sampai hari khamis n then ni baru sampai subuh tadi. Dalam seminggulah cuti kan. Pas sampai tadi sempat cek nuffnang, minggu ni dapat 20hengget jer.. ok la tu kan.. Alhamdulillah.. ;-)

Balik kampung kali ni tetap best macam sebelum2 ni. Kumpul ramai-ramai, berkongsi cerita terbaru, main2 dengan anak buah, dukung anak buah baru, g mancing and tak luper g kenduri, al maklumlah cuti skolah kan.

11 February 2010

Drakula Sebenar : Kehidupan Si Penghisap Darah..

10 komen disini yer..
Salam...

Lama dah tak post benda-benda gnie.. Kali ni lanun nak kongsikan lifecylce bagi golongan penghisap darah drakula yang sebenar-benarnyer kat muka bumi nih. Ada hampir 40 gambar untuk korang tengok kat bawah ni. Picture to lanun kecik kan, so kalu nak zoom nak renung betul-betul si drakula klik je k.

Bila korang tengok nanti mesti rasa takjub dengan kebesaran Allah dan kebijaksanaanNya yang mencipta makhluk yang kompleks, dan pelbagai guna. Tiada satu pun yang sia-sia penciptaan makhluk kat muka bumi ni. Subhanallah..

Ok.. Jom layan.. :-)

p/s : kalu geli..cepat2 tutup yer (terutama kat c.u he3)


Pesaing Baru Facebook : Lanunsepet On Google Buzz...

0 komen disini yer..
Salam...

Lewat Lanun update blog hari nih, takleh tido pulak nampaknyer. tadi baru jar balik dari Pantai Puteri Melaka wat BBQ dengan budak-budak kelas. Memang best, n yang paling penting menguatkan keakraban antara each other.

Back to the story, Lanun nak citer pasal pesaing baru facebook iaitu Buzz dari Google. Buzz Google ni baru jer dilancarkan kelmarin (9hb february). Lanun baru jer join tengahari tadi. nak tau camner nak join? pertama sekali kena ade akaun Gmail, sebab Buzz ni diaktifkan melalui dalam Gmail.

Korang g ke http://www.google.com/buzz , n then klik try buzz in Gmail

 

10 February 2010

Wajah Baru : Template Baru LanunSepet... Akhirnya siap....

4 komen disini yer..
Salam..

Setelah sekian lama mengidam template baru 3 kolum, akhirnya Lanun dah berjaya beralih kepada template/layout yang baru. tapi 3 kolum yang lanun design haritu tak jadi, sebab nampak pelik bila main post tergantung kerana siderbar yang pendek.

Tapi takperlah, lagipun 2 kolum ni pun takda ape kurang nya kan. Template yang lanun guna sekarang lanun edit dari template Minima Dark, lepas modification seharian, ni lah hasilnya. Hopefully stabil and takda bagi masalah.

Blog lanunsepet ni pun cuma blog yang ringkas bukan untuk designer/web pun. Ape2 pun lanun puas hati dengan template yang terakhir ni. Lanun rasa template ni lebih ringan dari template Bluediamond yang dulu, and paling lanun bestnyer template ni mudah nak di modified.

Bluediamond yang lanun guna dulu...

So, Korang leh utarakan pendapat sekiranya ada cadangan atau pandangan pasal template baru nih, appreciate sangat dengan pandangan korang, n thanx jugak pada sape yang dah komen pada template yg lanun design dulu tu. Satu lagi, kat sebelah kanan atas skali ade UNDIAN pasal template baru nih. Suarakan pendapat korang.


Lanunsepet : Lanun balik kampung khamis malam, seminggu cuti raya,seminggu cuti blogging... 


09 February 2010

Tawaran : Balik Kampung Dengan Tol Percuma....sempena Cuti.

3 komen disini yer..
Salam...

Hello semua :-) Hmm..petang ni Lanun ader test subject automation lagi 1,(doakan lanun yer),ni balik umah jap relax2 n sempat lagi blogging he3. Actually Ni lanun nak share kan pada semua yang nak balik kampung cuti CNY chinese new year/tahun baru cina nih, kalu nak tol free / diskaun boleh ikuti syarat dibawah k :

  1. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
  2. PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.
  3. 15 lebuh raya lagi menawarkan diskaun tol antara lima hingga 20 peratus pada 14 Februari. 10 lebuh raya menawarkan diskaun pada 14 Februari bermula dari pukul 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.
Lanunsepet : Pada yang naik motor lagi best, tak kira masa/tempat mmg percuma..he3..yang naik bas pulak..abaikan berita ni, patutnyer tambang murah la kan?) Happy Chinese New Year to all chinese reader n all Chinese in malaysia.

Keputusan Mahkamah : Siapa Menteri Besar Perak ??

0 komen disini yer..
Sekadar perkongsian dari Lanun walaupun semua dah tahu mungkin, Tengahari tadi di umumkan bahawa menteri besar Perak ialah Datuk Seri Zambry Kader [BN]. Keputusan sebulat suara itu (5-0) dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Ikuti Berita Penuh di Bharian Online. [KLIK]
Ikuti Berita Dari Sudut Lain CinaIslam [KLIK]

Lanunsepet : DS Ir Nizar :-) tetap senyum...

08 February 2010

Bahasa dan Tindakan Wanita yang Perlu Difahami Lelaki...

2 komen disini yer..
Sumber : Ahmad Baie jaafar (http://idhamlim.blogspot.com/)

Dulu lanun pernah kongsikan satu artikel pasal apakah maksud tindakan / bahasa yang di ditunjukkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. atau lebih tepat suami pada isteri. Kali ini lanun kongsikan pasangan / versus kepada artikel dulu tu. Selamat membaca..

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Blog lanunsepet.blogspot.com di Google Search Engine !!!

8 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi Lanun macam biasa, surfing n buat blogwalking like usual, pastu lanun saje lah try search kat google keyword "lanunsepet", oh!, terkejut juge bile tengok "lanunsepet.blogspot.com" dan tersenarai kat search list tu. He3.. bangga pun ada.. ape ek maksud dier? maksud nyer Lanunsepet ni popular la kan? ha3.. yeke... perasan la kot.

Terimakasih kepada semua pengujung blog lanunsepet.blogspot.com, harap korang terus merajinkan diri visit blog nih lagi, apa yang baik kita akan kongsikan sama-sama, info, tips, artikel and berita InsyaAllah. Silent reader pun tak per, leh gak tingkatkan trafik di lanunsepet.blogspot.com ni. Tak lupa jugak pada Nuffnangers lak teruskan kunjugi blog ni and then insyaallah lanun akan balas kunjugan korang jugak k. 


 Lanunsepet : he3..tak sangka betull.. ada lanunsepet kat list search google.. Besok n lusa lanun ada test, pneumatic (isnin), engineering ethics & automation (selasa)...

07 February 2010

Harimau Serang Orang Asli Jumaat Lalu Dijumpai Mati....sebab tumbukan??

0 komen disini yer..
Salam...

Petang tadi seekor harimau dijumpai mati, dipercayai harimau tu lah yang serang pencari petai Yok Meneh Yok Din, 47 sehingga badan nyer koyak. Harimau tu dijumpai oleh Perhilitan yang ngah wat aktiviti mengesan harimau berkenaan. Bangkai harimau tu dijumpai tak jauh dari tempat serangan hari tuh.

Mati sebab kena tumbukan Yok meneh ke aa? wah!! padu giler tumbukan Yok Meneh tu kan...Yeke?? Ish bukan lar, bukan sebab tumbukan mamat tu,actually harimau tu dijumpai dalam keadaan menyedihkan dengan kesan tembakan, kaki depannya putus, dan ada bahagian yang dah dilapah dipercayai oleh pemburu.

Lanun : haiwan takkan serang manusia kalu tak terancam tul x??... ia dah lama diburu sebenarnya.. 

Berita penuh [klik_sini]

Berani : Lelaki Belasah/Tumbuk Harimau

5 komen disini yer..
Salam...

Memang Berani !!! Hari ni berita utama citer pasal seorang lelaki orang asli diserang harimau dari belakang semasa kuar bekerja dihutan. Yok Meneh Yok Din, 47, ni kerja sebagai pencari Petai diterkam dari belakang oleh seekor harimau berusia 3-5tahun.

Dalam pergelutan tu, Yok Meneh menumbuk bertalu2 muka harimau dan menjerit sekuat hati. Masa dalam insiden tu Yok Meneh cedera di tangan dan kaki, terkoyak bahagian belakangnya, selain kukunya yang tajam menusuk ke bahagian rusuk beliau. Yok Meneh ni pun tak sangka dier berani belasah/tumbuk harimau tu. Kerana terkejut dan mungkin kesakitan harimau tu lari. Dier diselamatkan selepas lari keluar dan diselamatkan orang lain.

Masa saat genting macam ni mesti kiter sanggup lakukan ape saje kan? Fight to live orang kate. Selepas insiden ni dier bgtau kat pemberita tetap akan terus ke hutan cari petai!! Lanun respect ar Yok Meneh ni berani.

Berita Penuh [KLIK SINI]

06 February 2010

Template Baru Untuk Lanunsepet.... Ape view korang??

3 komen disini yer..
Salam...

2,3 hari ni lanun dah mula edit satu template blog untuk gantikan template blog Lanunsepet nih. Lanun cukup kenan dengan satu template minima yang dah di modified dijadikan 3 kolum. Jeles ar tengok orang len ader 3 kolum, so lanun nak juge. he3..

Target lanun template baru tu mesti ringan (loading cepat tak banyak guna gambar) n mudah untuk lanun edit skrip dier, Buat mase skrg, lanun ngah modified tu memang "mesra lanun" betul, he3  & tak leceh macam Blue diamond (template lanunsekarang nih,walaupun cun). Nanti dah puas hati dengan template (rujuk lanun testing) tu baru lanun akan gunakan/apply kat  Lanunsepet.

Korang leh bagi pendapat korang pasal template baru ni, tak kisah la pasal aper, cadangan ker ape..warna,design,gambar ker..kat chatbox k. So untuk lihat template cadangan tu klik LINK dibawah :




Mengidam : HPA Radix Fried Chicken Terbaik Di Malaysia...Di Melaka..

3 komen disini yer..
Salam...

Semalam pergi Mydin jap untuk beli barang untuk BBQ, lepas shopping naik ke bahagian atas untuk wat bayaran pastu g solat maghrib. actually dah lama tak pg Mydin Mall melaka nih. Semester ni baru sekali. he3..

Lepas solat lepak jap tepi kerusi tunggu kawan2 lain. Dari depan Lanun nampak jelas restoran RFC yang yang tak lama lagi open to public. Kelihatan kerja-kerja pengubahsuaian ngah sibuk dijalankan. Hmm..mesti design dier gempak n selesa untuk orang negeri Melaka merasa makan ayam goreng Radix Fried Chicken (RFC). RFC ni merupakan anak syarikat HPA gak, dimana semua bahan2 mentahnya dari HPA 100% muslim produk!! gempak kan?


Lanun dah merasa makan RFC, tapi take away jar, kakak lanun bawa dari Kedah. tak pernah g lagi sebab sihat n selamat untuk semua berbanding fastfood yang seperti PIzza, KFC n yg sewaktu denganya.

Apa bagus dier? seriously memang terbaik , Kelebihan ayam organik RFC HPA (Ayam Kita) :

05 February 2010

Rimas Dan Muak Dibuatnyer....

2 komen disini yer..
Salam...

2,3 hari ni cerita paling hangat mesti lar isu liwat anwar-saiful. Buka jer berita tak kira malaysiakini, utusan or berita harian mesti paling banyak orang baca pasal isu tu. Isu ni memang lama, sehingga di labelkan menjadi konspirasi kedua yang dikenakan pada DS anwar ibrahim.

Lanun pasti ramai yang rimas ,muak dan bosan dengan cerita pasal kes liwat ni. Ntah la bile nak selesai. Bagi pihak yang berkepentingan ni salah satu peluang dier untuk jatuhkan karier DS anwar dan pembankang. Lanun tak memihak pada mana-mana pihak tetapi harap ia cepat la diselesaikan. Tapi pastikan adil!!! agaknyer leh ke? boleh..dengan syarat jangan campur aduk dengan permusuhan politik.

Satu lagi bila dengar pasal "detail" cerita si kena liwat saiful bukhary, rasa geli, meluat, menyampah pun ada. Sori la saiful, aku malu ngan ko sebagai lelaki. Tapi takpa lar.. masing masing ada hak nak membela diri.

Lanunsepet : Bila nak selesai isu nih?? hmm... Walaupun muak lanun follow juge.. sebagai rakyat kami melihat dan menilai dengan matang...

03 February 2010

Kerana Mulut : Pegawai Khas PM Najib Letak Jawatan...

12 komen disini yer..
Salam...

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar telah memohon maaf, dan akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia / Rapat1malaysia di Melaka Semalam (selasa).

Kerana mulut / ucapannya beliau telah menerima 12 laporan polis dan telah didesak oleh pelbagai pihak termasuk MIC dan Gerakan.

Nak tau ape yang die cakap?Tgk bawah...

02 February 2010

Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon Melanjutkan Pelajaran..

1 komen disini yer..
Salam...

Hari ini merupakan hari pertama permohonan UPU online. Pastinya ramai ngah dok fikir nak apply kursus ape, nak apply universiti atau kolej mana. Mungkin ada yang pening, runsing, konpius nak pilih kursus yang paling terbaik demi nak jamin masa hadapan. Bukan jar pelajar je runsing tapi ibu bapa pun pening fikir. Ada sesetengah tu tak kawal anak dieorg nak amik kursus ape, tapi tak kurang jugak yang mak ayah yang pilih kursus dieorg.

Kat sini Lanun cuba serta secara ringkas panduan / tips / kaedah untuk memilih kursus sebelum memohon melanjutkan pelajaran atau sebelum mengisi borang UPU. Walaupun ringkas dan umu tapi harap bagi idea pada korang dan mungkin anak-anak / adik-adik korang .

Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :