02 September 2010

Ketua Polis Negara baru : Tan Sri Ismail Omar New KPN


PUTRAJAYA: Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 September ini.

RINGKASAN BERITA


Tarikh berkuat kuasa : 13 september 2010
Tarikh Musa Hassan tamat kontrak : 12 September 2010 ( 41tahun bersama PDRM)
Ketua Polis Baru IGP :  Tan Sri Ismail Omar, 57 tahun
Timbalan Ketua Polis Negara Baru : Datuk Hussin Ismail, 57 tahun
Cadangan kerajaan untuk Musa Hassan : Ketua Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (LISRAM) selepas ini.

Nak tahu biodata dan latar belakang KPN Musa Hassan ?? : KLIK SINI

Pelantikan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini. Beliau berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi mengenai kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

"Jawatan KPN dan timbalannya adalah Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Hishammudin ketika mengumumkan perkara itu di sini.

sumber bharian.com.my

Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

saya_arief said...

aku suke tengok roda-roda kL.
haha..ade kaitan x..?
;p

iLhAm_bEcKs said...

thniah.. ;)

LaNuNsepet said...

harap dier leh wat yg terbaik..
n adil.

sunglasses said...

harapan jenayah dapat dikurangkan juga warga asing dapat dikurangkan

apollo 100mg said...

Really very happy to say, your post is very interesting to read.I never stop myself to say something about it.
You’re doing a great job. Keep it up