15 March 2010

5 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Mak & Ayah...

Salam...

Hari ni nak kongsikan tips dan pendapat bagaimana cara nak bahagiakan mak dan ayah kita. Buat diri ni dan dan kawan-kawan lain yang masih bertuah memiliki ibu bapa sama ada masih sihat atau tidak, harap apa yang  dikongsikan kat sini sama-sama kita renung dan aplikasikan. 

Banyak cara kita boleh buat untuk bahagiakan hati dua insan istimewa ni. Ape yang Lanun kongsikan ni hanya secara umum dan mungkin tak lengkap dan boleh juga terima teguran dari korang sekiranya ada salah. Jom kita hayati 5 cara bagaimana untuk membahagiakan Ayahanda dan Bonda...

1. Taat dan Jangan lawan kata-kata mereka..

Mak n ayah selalunya tak mintak apa-apa pun cuma nak kita dengar cakap dieorg. Kalau kita pun tak suka orang degil dan petah bila kita suruh sesuatu, begitulah jugak lah mak dan ayah kita. Anak yang taat lar yang jadi idaman mereka. Kalau mak or ayah kata jangan, janganlah..mesti menyakitkan hati dan lukakan perasaan bila kita tak dengar cakap dieorg.


2. Memberi dan Tunjukkan Kasih sayang...

Berikan kasih sayang secukupnya. Macam mana nak beri? Jaga dioerg? bagi harta? Duit? Rumah? perkara ni tengok keadaan lah kan. Sekiranya keadaan masa tu ibu bapa kita perlukan duit, bagilah duit,ringakan beban dieorg. Tapi kasih sayang ni sebenarnya nak beri adalah dengan menjaga dieorg. apa yang tak cukup apa yang perlu kite beri lah. Macam dieorg jaga kita masa kecik dulu. tau nangis jer,sabar sanagat dieorg dgn kerenah kiter.

3. Bila bercakap tu biarlah lemah lembut..

Perasaan kita ni kadang-kadang kontrol lidah kite. Cube tension sket mulalah cakap kasar-kasar dan mula nak marah-marah. Lanun pun tak nafi kadang-kadang macam tu. Mak dan ayah kita bila tua nanti mungkin kurang dengar, ingatan kurang baik, kadang-kadang perangai dieorg mungkin jadi kebudak-budakan sket. Lebih serius ada yang nyanyuk. 

Cubalah bersabar.. cakap dengan lemah lembut, tahan amarah dalam hati tu. Gunakan bahasa yang baik, jangan tinggikan suara, jangan tarik muka. Ketahuilah, Dioerg banyak bersabar besarkan kita hampir 20tahun lebihkurang sehinggalah kita boleh berdiri sendiri.

4. Doakan mereka setiap hari selepas solat....

Selepas solat 5 waktu luangkan lah masa berdoa buat dieorg. Doakan semoga mereka sihat dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT. Kalau teringat ja pun,bila-bila masa, lafazlah doa dalam hati.. " Ya Allah engkau peliharalah Ibu bapa ku dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihi aku.." tak kisah bagaimana doa kita tapi doa yang terbaik.



5. Luangkan masa bersama bila cuti...

Dah belajar ni , dah kerja ni biasalah sibuk. memang sibuk sangat. Sampaikan ada yang sibuk sehingga nak tanya khabar pun tak sempat. Diri ni pun masalah tang kat sini. Bila dah balik ke kampus. Mulalah lupa nak tanya khabar, nak tanya cerita, amik tahu perkembangan dieorg, perkembangan adik beradik. Jangan lupa k, luangkan masa, tak dapat balik kampung, telefon lah, mesej pun takper kalau dah kedekut sangat!!!. 

Bila balik kampung pulak, luangkan masa dirumah.. paling tidak tengok TV sama-sama, tolong dieorg kat rumah even kerja rumah tu kecik macam sidai kain, sapu sampah. Bila kita tolong, dan spend masa.. pasti sejuk mata dieorg tengok..


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

CoKLaT uNGu said...

thanx lanun..bersama mengamalkannya...

LaNuNsepet said...

same.. :-) ada tips lain.. kalu free kongsikan bsama k..

Unknown said...

tq lanun..sedikit sebanyak dah bgi input yg positif terhadap dri ni

Unknown said...

tq lanun..sedikit sebanyak dah bgi input yg positif terhadap dri ni