23 March 2010

Anda boleh mintak diskaun kalu naik bas ekspress...

Mungkin ada yang tak tahu, atau tak pernah tanya kat kaunter tiket yang korang layak dapat diskaun 25% ke atas tiket bas ekspress sekiranya korang tergolong dalam kategori berikut :

1. warga emas berumur 60 tahun ke atas,
2. orang kurang upaya (OKU) dan
3. kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
"Kita tidak pasti sama ada pengguna tahu mengenainya atau tidak mengambil peduli langsung tentang diskaun ini. "LPKP telah mengeluarkan Pekeliling LPKP Bilangan 8/2009 mengenai pengurangan kadar 25 peratus tambang bas ekspres kepada golongan yang layak menerima diskaun pada 20 Julai tahun lalu dan telah diedarkan pada semua pemilik lesen bas ekspres," katanya selepas merasmikan Bengkel Asas Perlaksanaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE), di sini hari ini.
Katanya, beliau menyarankan pembeli memaklumkan kepada pihak kaunter bas ekspres berhubung diskaun itu ketika membuat pembelian dan tindakan akan diambil kepada pengusaha yang ingkar. [berita asal] 



* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

MR.Z said...

kalau orang upaya ,ada diskaun tak? :D

LaNuNsepet said...

org upaya diskaun jugak... tp kena sedara dengan boss kompeni bus ekspress ha3

Anonymous said...

sya oku....xp dh bli tkt...sya tnya org kaunter dy ckp oku kna byar sma hrga tkt ngan org normal....

primodex 100 said...

I have been waiting for this information for a long time. Thank you very much for your wonderful post.