31 January 2010

Permohonan kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 Dibuka 2 Februari Ini..

12 komen disini yer..
Salam..
Post ni Lanun buh sekadar info untuk maklumkan yang permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi 2010 2011 telah pun dibuka. Mungkin korang nak apply IPTA or  mungkin untuk adik ke abg ke kakak korang or ayah korang?? he3.. nak apply masuk, so be alert iklan dah kuar yer.. kebetulan adik lanun pun apply untuk tahun ni.

Yup, Hari ni telah pun kuar iklan kat surat khabar utama beritaminggu/mingguan. Mulai besok pembelian boleh number pin boleh dibeli kat BSN. Permohonan hanya melalui website/online dan akan dibuka besok pada 2 februari (selasa) jam 12 tengahhari.

website permohonan : http://upu.mohe.gov.my/ [ mulai 2hb feb]

Terdapat 4 kategori pemohon A B C D ,
kategori A : Lepasan SPM 2009
LIHAT IKLAN BERGAMBAR [ klik baca sepenuhnya ]

Bagaimana Tidur Pun Leh Jadi Satu Ibadat?? Cara Tidur Menurut Islam...

4 komen disini yer..
Salam...

Baru-baru ni Lanun "become fan" pada facebook Ustaz Zahazan Mohamed, Hmm..memang banyak info yang berguna kat facebook ustaz ni. Kalu korang biase tengok tanyalah ustaz tv9 dan halaqah tv9 mesti kenal punya dengan ustaz ni. Ini antara ustaz favourite lanun selain dari Dr danial dan byk2 lagi.

Ape yang lanun nak kongsikan adalah mengenai cara tidur / tidoq he3, bagaimana menjadikannya suatu ibadah.??Pastilah dengan tidur ikut cara islam, tapi bagaimana? Mungkin semua dah tahu, cuma kali ni nak mengingatkan semula diri lanun dan semua. Dalil pun ader Lanun sertakan sekali supaya ape tindakan kita berpaksi pada yg sohih. Kiter ikuti penerangan Ustaz Zahazan TV9 yang lanun petik dari FB beliau :

29 January 2010

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Hati & Tindakan Lelaki...

10 komen disini yer..
Sumber : Ahmad Baei Jaafar ( Blog idhamlim )

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini penulis pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini penulis akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ... [ selanjutnya di bawah... ]

E- Voting ?? Keputusan PR Kampus 2010 Pro A Menang di 3 Kampus Utama..

0 komen disini yer..
Sumber : Malaysia kini
 
Ini merupakan keputusan pilihanraya kampus 2010 yang Lanun kumpulkan dari web malaysia kini. PRK kali ini kecoh dengan bantahan undian e voting yang mudah terdedah kepada penyelewengan. Berbalik pada keputusan PRK, Kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) menang lagi di tiga kampus utama dalam pilihan raya kampus universiti masing-masing semalam.

UKM : pro-A memenangi 19 kerusi berbanding pro-M yang mendapat 15 kerusi. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.. Pro M membantah keputusan kerana ada penyelewengan. 2 dicekup dalam perhimpunan bantahan [berita_lanjut]

UTM : pro-A memenangi 28 kerusi manakala pro-M mendapat 18 kerusi. Bebas mendapat 5 kerusi. Keseluruhannya 51 kerusi dipertandingkan.

USM : pro-A menang besar. Di kampus utamanya di Pulau Pinang, kumpulan tersebut menang bergaya dengan 31 kerusi. Bebas berjaya mendapat 2 kerusi. Pro-M pula gagal mendapat sebarang kerusi.

UPM : pro-A memperolehi 37 kerusi berbanding pro-M sebanyak 11 kerusi, tapi tinggal 4 sahaja kerana 7 calon ProM dibatalkan kemenangan kerana berkempen di facebook.. [berita_lanjut]

UIA : Dikuasai pro-M - kumpulan itu mempertahankan kemenangan dengan memperolehi 15 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

UMT : Di pusat pengajian tersebut, pro-M menang 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A hanya mendapat 1 kerusi sahaja.

UM : pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M. Kini berlaku demonstrasi pelajar di kampus UM [berita_lanjut]

****Update 6.00pm keputusan PRK UM Digantung.. siasatan dijalankan.. [berita_lanjut]

27 January 2010

Perkembangan Bloggers AdukaTaruna Hina Sultan Johor...

1 komen disini yer..
Memang kecoh... baru2 ni satu blog AdukaTaruna (http://adukataruna.blogspot.com/) telah mengeluarkan satu kenyataan yg tak menghormati Sultan Johor Alllahyarham Sultan Iskandar yang baru-baru ini telah mangkat. Artikel adukataruna, mendpt trafik yang tinggi dan komen pada post artikel tu mencecah 1000 komen..( komen ker kondem..)
Ikuti perkembangan terbaru dibawah...

24 January 2010

Di Siksa : Bila Manusia Lebih Binatang Dari Binatang.....

27 komen disini yer..
Salam...
Korang sihat? c.u lak? sihat? he3.. Kali ni Lanun nak share satu cerita berkaitan satu hidangan yang cukup terkenal di France/Perancis "Foie Gras". Foie Gras bermaksud "hati berlemak"( fat liver) , hidangan yang kontroversi dan mewah.

Apa yang kontroversi makanan ni bagaimana nak dapat Foie Gras ni? memang  bahan utama dari hati angsa, tapi hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver). angsa akan dipaksa makan sehingga menderita dan hatinya tu lah yang digunakn untuk dimasak. Oh! manusia kamu memang melampaui batas!!

[DIBAWAH : TENGOK GAMBAR ANGSA DIPAKSA/ DISEKSA SEMI HIDANGAN MANUSIA]

22 January 2010

Cara Awak Tutup Aurat Tu Salah.... :-)

19 komen disini yer..
Salam..
Terdetik di hati Lanun untuk menyampaikan sedikit pesanan atau peringatan bagi kaum hawa yang bergelar muslimah berkenaan dengan aurat ni. Lanun cuba cari isi yang lengkap berkaitan masalah aurat ni, dan  alhamdulillah, Lanun dapat banyak info dr satu forum Portal Komuniti Muslimah Hanan,  Penulis ini telah merujuk pada website Ustaz Zaharuddin.

Antara penjelasan yang diberikan oleh ustaz, penulis paparkan di bawah. Sama-sama lah kita renungkan dan ambil iktibar serta perbaiki amalan diri kita.

18 January 2010

Buat Streaming MP3 Mudah Di Blog Korang Dari Youtube....

0 komen disini yer..

Salam...

Kali ini lanun nak kongsikan satu tips untuk letak lagu kat blog korang. Cara ni memang mudah, tak perlu hosting sendiri, tak perlu kepakaran tinggi cuma korang just perlu pergi ke Youtube cari lagu yang korang nak dan convert ia jadi streaming MP3 macam kat bawah ni. Warna leh pilih n lagu pulak, kompem la penuh kat Youtube kan.. Korang leh wat entrance n buh kat friendster, myspace and etc.. Contoh ade kat bawah..

Selamat Mencuba!!!

Cuba korang tekan [PLAY] button..




 Cara nak wat..?? [DIBAWAH]





Untuk SKRIP pilihan warna & audio streaming wat benda nih? rujuk LINK ni.


Selain tu, kalau korang nak dier terus play tanpa perlu tekan butang play (auto streaming) korang leh gunakan gunakan yang satu lagi khas untuk auto streaming. Fungsi ni leh guna unt uk lagu kat blog korang. Buka jer terus ader bunyi macam sesetengah blog tu. Tapi Lanun tak minat gtu.

Thanx to Original Tutorial From JustKhai.com

* Back To Halaman Utama *

17 January 2010

Kisah Aku Dan 4 Isteriku...

13 komen disini yer..
Salam ..

Hari nie lanun nak berkongsi dengan anda semua kisah iaitu hidupku bersama dengan 4 Isteri. Sangat menarik dan menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya. Jom kita teruskan membaca yer..

“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku.

Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

16 January 2010

AJL 24 Penuh Kontroversi dan Isu Masonic

1 komen disini yer..

Baru ni lanun baca artikel kat satu blog ni berkaitan dengan satu tulisan sebaik sahaja selesai Anugerah Juara Lagu ke AJL 24. Satu pandangan dari sudut lain,oleh pemblog Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan. Penulis kepada blog jejak Tinggalan Rasul ini dalam artikel beliau bertajuk "Ada Apa dengan AJL 24".

Selain tu, Penulis jugak kaitkan pandangannyer dgn beberapa babak, hiasan pentas dan gaya fesyen yang cenderung kepada satu gerakan freemasonry dan ala-ala firaun. Kalu kite nak cite pasal  dosa buka aurat n pergaulan tu satu hal, tapi kali ni pandangan penulis dari sudut lain.

Selepas baca harap baca KOMEN diartikel tu, bawah skali..  ada Q n A.

Untuk artikel penuh [ GAMBAR & VIDEO]
rujuk KLIK SINI(http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/)

Lanun : Satu pandangan yang tak boleh kita pandang enteng...

15 January 2010

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium....

0 komen disini yer..
Sumber : Harakah Daily
KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan. [GAMBAR HOT DI BAWAH]

GAMBAR : Gempa Bumi Di Haiti....

0 komen disini yer..
Seramai tiga juta penduduk Haiti memerlukan bantuan ketika mayat bergelimpangan di jalan raya di ibu negara itu semalam selepas dilanda gempa bumi paling kuat dalam sejarahnya (200 tahun)  yang menyebabkan masyarakat antarabangsa segera menghantar bantuan.

Kemudahan komunikasi yang musnah menyebabkan mustahil untuk menyatakan sejauh mana kerosakan termasuk menganggarkan jumlah mangsa yang maut di dalam kesan runtuhan bangunan di ibu negara Haiti yang mempunyai dua juta penduduk.

Lihat Bawah Untuk Gambar Gempa Bumi Yang Memusnahkan Haiti !!!

13 January 2010

Tumpas : Kereta Raja Tonto Disita....

7 komen disini yer..
Salam...
Sebuah kereta yang digunakan raja atau ketua segala Tonto telah berjaya disita oleh sebuah unit Polis bahagian jenayah berat. Kereta tersebut sarat dengan alat hubungan dan GPS yang canggih untuk menjejaki dan memantau operasi polis, jpj, kastam, jabatan alam sekitar, trafik, majlis perbandaran dan unit kuasa lain..

[GAMBAR DI BAWAH ]

10 January 2010

KOLEKSI : Gambar Paling HOT 2008 dan 2009... Download...

3 komen disini yer..
Salam...

Lu orang nak gambar/ pics terhebat, terpanas, hot, dari photographer seluruh dunia, koleksi photoshoot di setiap pelusuk dunia. Photoshoot angle terbaik baik dalam bencana, perang, peristiwa penting seluruh dunia dan banyak lagi.. Terdapat dua koleksi iaitu tahun 2008 dan 2009 ? korang boleh download, setiap koleksi ader 120 keping photo jadi 240 semuanya...memang cun, angle yang terbaik, view terbaik. Korang mesti teruja dengan koleksi ni.

Download Koleksi 2008 KLIK SINI           Download Koleksi 2009 KLIK SINI


09 January 2010

Ramai Kecewa Dengan Peristiwa Hitam Semalam....

2 komen disini yer..
Salam...
Huh, Semalam merupakan hari yang betul sedih n mengecewakan bagi Malaysia, mane taknya, korang pun tau aper yang dah jadi semalam. tempat ibadat sahabat kita diserang oleh pihak mane ntah!!.. Onar..mmg betul onar.. hancur 1 malaysia.. Apa yang berlaku bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia..

Pagi ini pulak lanun baca satu artikel di malaysiakini (klik sini), dalam artikel tu luahan penduduk malaysia berbilang kaum dan agama. Mesti dlm isu ni orang islam yang dapat malu..dan dipersalahkan hu3..kerana nila setitik la ni. Tapi ingat, Kalu org Islam betul tak buat benda tu.. Ada satu pendapat dari seorg nonmuslim tu menyelar dari salahkan "our muslim friend",sebaliknya die kater ni perbuatan orang sekumpulan kecil yg fanatik n pelampau, serta die pesan jangan termasuk perangkap.

Sekali lagi, Lanun yakin orang buat tu bukanlah orang yang berpegang pada islam yang menyuruh menghormati agama lain apatah lagi membuat sesuatu tidak baik kat rumah ibadat mereka. Lanun jugak harap hati-hatilah dalam memberi respon pada isu ini,mungkin ada perangkap kemarahan kita tu, memang isu ini sensitif jadi biarlah isu ini diselesaikan oleh ulamak dan pemimpin, apa yg kita takut apa yang terjadi semalam satu usaha untuk menaikkan kemarahan dua pihak supaya terjadi perbalahan yang boleh membawa kepada darurat.. nauzubillah... Sayangi sahabat semalaysia kita..kita unik...kekalkan keamanan, harap semua bersabar dalam isu ini..beri masa..

Lanun : Alhamdulillah PAS mengambil sikap tidak melenting terus dalam isu ini sebaliknya, mengambil tindakan untuk memberi penerangan dan guna cara dialog perbincangan dgn semua agama.. Pimpinan PAS syabas!!

08 January 2010

GAMBAR : Pagi Ini 2 Gereja Diserang..Satu Tindakan Bodoh!!!..

4 komen disini yer..
Salam...

Memang mangkuk betul lar kan, pagi ni dilaporkan satu insiden serangan pada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. awal pagi tadi serangan bom petrol buatan sendiri tu telah menyebabkan kebakaran serta kemusnahan pada tingkat bawah gereja.

Selain itu lanun terbaca di berita harian di laporkan dua insiden keabakaran dua gereja dan satu ugutan dilaporkan awal pagi ini. Satu lagi kejadian tersebut di Assumption Church, Jalan Templar, Petaling Jaya pada pukul 4 pagi tetapi gereja itu bernasib baik kerana bom petrol itu tidak meletup. Sapa punya kerja nih??


Lanun mengutuk serangan ini kerana ianya adalah tindakan tak bertamadun dan penakut. Memang  lanun yakin orang membuat onar ni orang yang tidak mepunyai ilmu dan tidak rasional langsung. Tindakan ni memalukan negara kita n boleh menyebabkan jadi perkara yang lebih teruk. Pada yang terlalu terbawa-bawa dengan isu ini diminta jangan jadi bodoh..  [GAMBAR DIBAWAH...]

Lagi GAMBAR DS Nizar Kemalangan...

0 komen disini yer..
Alhamdulillah, ini gambar DS Nziar di hospital semalam. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tetapi masih boleh melayan tetamu dan wartawan yang datang ke wad. Teruskan perjuangan untuk menegakkan ISLAM dan kempen membubarkan DUN Perak.

 Sumber : Blog Idham Lim

DS. Nizar ditemani oleh pembantu peribadinya, Sdr. Amran Harun(bersongkok) masih boleh senyum dan melambaikan tangannya semasa sampai di Hospital Tuanku Bainun kelmarin. Beliau selamat dan cuma mengalami luka ringan dalam satu kemalangan pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ipoh. [lagi gambar dibawah..]

07 January 2010

GAMBAR Kemalangan MB Perak DS Nizar Jamaluddin..

1 komen disini yer..
Gambar Kemalangan DS Nizar Jamaluddin, beliau Alhamdulillah dalam keadaan stabil serta memuaskan. Hanya cedera ringan bukan sperti dalam SMS palsu yang tersebar. Sebaliknya beliau dilaporkan sibuk melayani tetamu yang yg berkunjung ke wad pesakit luar... Sila ikuti beberapa gambar kemalangan di bawah..
Sumber : Blog Idhamlim


Sila Ikuti GAMBAR lain dibawah....

Terkini : Ds. Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

1 komen disini yer..
Sumber : Blog idhamlim 
IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini (7/1/2010) Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini. Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki. Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut setiausahanya Ustaz Misbahul Munir, belau cuba mengelak sebuah kenderaan dan terbabas di pembahagi jalan. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkak keluar dan dibantu oleh seseorang yang lalu disitu dan terus dihantar ke Hospital Permaisuri Raja Bainun sebagai pesakit luar. Dia di tahan di wat selama 1 malam kerana tekanan darah yang tinggi.


Lanun : Doakan semoga beliau cepat sembuh.. 

06 January 2010

Burj Dubai SkyCrapper, The World's Tallest Skyscraper

1 komen disini yer..
Salam...

Burj Of Dubai kini menjadi bangunan tertinggi di dunia. Ia nya baru sahaja dirasmikan pada 4 januari lalu dengan persembahan bunga api yang gempak giler. Hebat orang arab nih. Semua ni hasil jualan minyak jutawan-jutawan Arab. Tak nafi..orang arab ni Allah bagi kekayaan, tapi dalam isu palestin hmmm..hampeh.. k jom layan pic kat bawah ni.

Fakta :

Burj Dubai / Khalifa - The World's Tallest Skyscraper - Dubai, United Arab Emirates
Nama rasmi : Burj Khalifa
Ketinggian rasmi : 828 m | 2716 feet

Ikuti gambar pembinaan Burj Dubai di bawah.. [TEKAN PLAY]




Video perasmian Burj khalifah.. 4 januari 2010.. [DI BAWAH]




* Back To Halaman Utama *

Contest baru pulak

2 komen disini yer..


Salam... Tak pernah lanun join contest pape kat blog nih. Tapi hari ni nak try lah. Contest ni blog kameraxburuk [ KLIK SINI ] yang anjurkan. So, kalu nak join sila ke blog beliau k. Tarikh tutup contest hujung bulan januari ni.

Lanun pertaruhkan gambar ni.. sebab aper? lanun pun tak tahu.. Tema contest ni hitam putih n gambar kita sendiri. So bu je lah pic ni. Gambar hobi gua.. memancing.. he3..



Tag : 3 orang blogger panas korang kena usyar...
1. Mohd Faiz
2. Milofloat
3. Ustaz Nor Amin 

05 January 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS

3 komen disini yer..
Salam.. Ikuti pendirian PAS dalam isu penggunaan nama Allah. [VIDEO DIDALAM]


KENYATAAN PENUH (dibawah..)

Sumber HarakahDaily

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010


* Back To Halaman Utama *


04 January 2010

Video Kuliah : Dr. Danial Zainal Abidin (author al quran saintifik)

3 komen disini yer..
Salam...
Baru-baru ni lanun ushar-ushar kat youtube cari video ceramah salah seorang ulamak yang cukup lanun minati (idola..he3). Sape dier? tentulah Dr Danial zainal Abidin (biodata beliau) iaitu seorang ulamak, penulis buku dan penceramah motivasi. 

Seorang ulamak yang mempunyai kepakaran dalam agama,sains dan motivasi termasuk sejarah juga.

03 January 2010

Isu Nama Allah, Melenting? Ikuti Setiap Pendapat... Tambah Ilmu...

0 komen disini yer..
Salam...

Kebelakangan ni isu penggunaan ALLAH yang diminta oleh satu pertubuhan gereja katholik dalam surat khabar mingguannya The Herald. kekecohan berlaku bila hakim bukan islam telah membatalkan larangan penggunaan perkataan Allah, dan membenarkan mereka menggunakannya. Isu ini telah menarik komen pelbagai pihak.

Lanun disini bukan untuk memberi pendapat (ilmu tak cukup) tapi menasihat semua kita sebagai golongan berilmu meneliti setiap pandangan dari ulamak serta pakar. Jangan hanya dengar pendapat dari satu pihak sahaja. Ulamak sumber rujukan kita. Kita ikuti beberapa pendapat dibawah sebelum kita menyimpulkan sesuatu isu itu sebelum kita buat kesimpulan supaya lebih adil.. Klik Bawah untuk baca.. pandangan mereka...

01 January 2010

Hebat Beb... Seorang Ulama Dan Juga Photographer....

3 komen disini yer..
Salam...
Selamat hari cuti... Ape korang buat sempena cuti hari ni? Lanun tak buat ape pun just menghadap intenet ni jar...naik sakit pinggang dah.. he3. Kali ni Lanun nak share sesuatu info yang mungkin korang tak tahu.. (dah tahu pun wat-wat tak tahu k.. ha3). Tapi lanun baru hari ni lanun tau..tak sangka betul ar..(penuh respek!!)