ARTIKEL INI SAYA COPY PASTE DARI LAMAN WEB LAIN, SAYA BUKANLAH PAKAR BERKAITAN HAL INI HARAP MAKUM
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).
- Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda dan Gejala
Gejala :
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
- Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
- Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
- Radang selaput mata.
- Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Tanda dan ujian makmal
- Ujian sel darah putih (WBC).
- Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
- Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
- Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
- Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
- Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
- Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
- 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
- Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.
Komplikasi
Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Komplikasi:
- Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
- Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
- Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
- Kegagalan fungsi hati.
- Kegagalan fungsi buah pinggang
boleh membawa maut sekiranya kritikal!!
Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit
40 komen disini yer..:
doxycycline bole beli di farmasi ke? kene dapatkan dulu nasihat doktor??
maaf lanun tak leh nak jawab yang tu,
better tanya doktor / pakar dulu yer wak :-)
astaghfurullahalazim~~~ Harap-harap dielakkan oleh kita semua selepas apa yang terjadi kepada saudara kita yang bernama Allahyarham Din Beramboi juga Izwan Pilus~~ semoga mereka ditempatkn ditempat yang dicucuri rahmat~~ Amin~
Salam...uncle sya masih lg dlm icu hosp tganu akibt jgkitn ni.bmula dgn demam biasa pastu makin truk smpai takleh nk bgn..sesak nafas..pengsan dan koma hmpir 2 hari.ptg td sya dkhabrkn dia dah mula sedar tp masih tlalu lemah...mohon sama2 doakn dia sembuh n bebas dr jgkitn brbahaya ni...insyaallah
salam..uncle awk dmam da bpe lama ye?sy da 8 ari dmam,tp dktor da cek darah katany negatif.tp ubat yg dberi ialah doxycilin.. Tkut gak nih,cz msih lg dmam.
slm.. pakwe sy sampai sekrang masih dihospital. dah 7 hari. dia demam sblm tu dah hampir 2 mggu. sakit otot beserta demam. bila g klinik doktor bg antibiotik n panadol. pas makan ubat demam menurun tp 4 jam lepastu demam tinggi balik. 20hb sy bw g pku. doktor sana terus hantar hospital besar. skrg ni dah buat ct scan n ultra sound. n smpai skrg doktor xtahu sakit apa tapi suspect kencing tikus. jangkitan kuman dalam darah, hati membengkak dan sedkit bernanah, demam kuning, sel darah putih makin melebihi darah merah walaupu antibiotik yg paling kuat diberikan. sekarang saya hnya mampu bdoa, smoga tuhan panjangkan usia dia dan cepat2 sembuh...
salam..kalau sakit perut berpanjangan mcm ne..? adakah ia salah satu simptom penyakit tu..check doctor kata gastrik n kembung perut tp dh 2 minggu..
bile makan ade rase sakit x?ditujukan kepada anonymous diatas
doakan kakak saya juga,,kena sakit tu jugak
tunng sya pon disyaki kna demm 2..tp sya berdoa moga dijauhkan....diorng baru je amik darhnya..isnin nie bru kuar kptsn..hope xdk apa2...isau saya.....smga dia trhndar dri pnykit itu..
timekaseh pada semua yg komen. Apa yg Lanun dpt cakap di sini.. janganlah pandang ringan pada demam2 ni. Kalau nampak berlanjutan.. bawak g jumpa doktor. Jangan yakin sgt dengan panadol dan ubat2 lain.
Pada yang sedang sakit sedang mengalami ujian Allah. Lanun doakan semoga cepat sembuh.. sihat seperti sediakala.. aaamin ya rabbal alamin..
n semoga kita dijauhi juga dari penyakit2 berbahaya seperti ini..
bila baca post ni risau plak sbb sy start demam blk dr mandi kt tempat rekreasi..
demam, batuk, sakit kepala, muntah n cirit birit.. huhu
salam... Saya pun br2 ni demam da 4hr. Td br bt jumpa doktor hospital tawau. Pa yang mengecewakan saya. Saya xd check sebaik mungkin. Doktor cuma bagi ubat tahan sakit jak. Sedangkan saya sesak nafas, demam, sakit kepala yg bterusan.. Ada ka itu tanda2 sakit kencing tikus?
Salam..saya baru diberitakan ptg td yg ujian drah saya positif bg pyakit kencing tikus. Esok admit wad. Hanya mampu menangis dan berusaha utk redha. Bila pandng wajah anak2 (2thun dan 7bln), hanya ALLAH yg tahu perasaan saya sebagai ibu memikirkan segala kemungkinan.
Tp mati itu di tgn ALLAH, tidak cpt@ lmbat wlau sminit. Saya akn cuba kuatkan hati demi anak2. Bicara saya byk dgn ALLAH wktu ini agar DIA melindungi saya krana DIA tau segala...
As salam, saya dah start cirit birit dan rasa loya..dada saya ada sedikit sakit, saya berdoa agar Allah akan lindungi saya. pagi nanti baru nak jumpa doktor. harap tiada apa2.
Sya dmam x lma cma shari.ttp tnda2 yg lain tu mcm ada.cma skrng rsa skit dkat sendi lutut. Ada kmngkinan ke kna pnykit ni. Sape yg tau tlg crita lbh lnjut.
Bleh sya tau tnda2 awal yg trjdi sblm disahkn pnyakit ni
Saya sakit di bahagian tricep dan bahu selepas pulang mandi dari kawasan lubuk yu, pahang... Sudah 2 hari berlalu tapi tiada kesan demam,batuk, loya dan sebagainya .. Hanya otot yang sakit .. Adalah itu simtom juga?
saya disahkan positive demam kencing tikus... Bermula dgn sakit otot tulang rusuk, jumpa dr klinik kesihatan, dr maklumkan saya cuma terseliuh otot je.. 2 hari kemudian demam tiba2, jumpa dr klinik swasta, dr just bg ubat demam-paracetamol etc.. Tp demam tak surut2... G klinik lg just tambh ubat antibiotik. G hospital sehari kemudian, check darah.. Still tak nmpk apa2..
Dlm masa y sama mlm2 sy susah nak deep breath.. Sakit mcm ada urat nak putus je... Genap seminggu demam tak surut gak, i g hospital lg.. Explain everything.. Sanalah start buat ecg for jantung ok.. Bila buat xray bru detect paru2 i infection... Masuk wad.. 2 days masuk wad brulah i disahkan positive demam kencing tikus.. But now i dirawat jarum antibiotik n ubat mkn.. I tot i sakit demm biasa je.. Rupanya...emm...Pray for me..
My advice kalo sakit rajinkan jumpa doktor... Hehe..
Saya minum air soya dirumah...apbila saya dh mnum ,saya trbau air kncing tkus di dlm gls tu..adkah sya tlh trkna pnykt tu?
KALAU kita pegang sabun buku yang dah kena gigit tikus takda pape ke? coz sy t'beli sabun buku yang dah kena gigit tikus tapi belum guna lg lepas beli tu,cuma buang bekas tempat gigitan tu guna pisau and basuh guna span pencuci pinggan... -.-'' , sy risau kalu ada pape yg terjadi...
sy juga seorg yg positif virus kenci tikus.sy admit 3week d hosp besar kedah.mula jumpa doktor x ada ape,tp dmm masih berterusan suhu mencecah 41°c doktor put ke wad permehatian.seksa mcm nak mati.mengigil n sakit sendi,nurse cuci badan setiap jam pun suhu x turun.i mcm mayat hidup.doktor pun kerap tarik jarum n check bunyi paru2 but paru ok.pastu sebelah petang penafasan sy semakin pendek doktor tarik I ke wad klitikal red zone.doktor kata I mmg positif virus kencing tikus n tahap klitikal...time tu lah I rs xlepas dh sbb penafasan semakin pendek.doktor masukkan gas.jarum air dns n wayar2 dlm badan...menunggu beberapa minit aje rs mmg melayang.tiba2 seorg doktor kt organ dlm masih elok slepas xray...patient boleh hidup lg.time tu la I kuat kan semngat demi my wife d oversea...doktor bertungkuslumus akhirnya I berjaya keluar red zone n admit d wad...selama hampir 3weeks...doktor bg antiboik n dns setiap hari.dmm pun mcm tu sakit seksa akhirnya masuk dua weeks baru ok cikit .skrg doktor bg discharge..ttp makan masih terhad...rs pening2 loya kadang2 jumpa sinseh buang angin badan n rehat d rumah aje sbb masih lembik walau sdh 4 week berlalu..semangat adalah ubt penting....pends sripraneet lim
Husband sy demam da seminggu. Sakit badan, n kadang2 menggigil sejuk. Tekak sakit tp xde kahak.n skang mata pulak merah n berair. Demam bila malam je panas sgt siang ok suam2 je. Adakah ini symptom
Dari komen sebelum2 ini, saya perasan yang bila demam berlanjtan yang payah nak kebah serta sakit sakit badan mungkin ada risiko kena penyakit ni, saya nasihatkan kalau demam yang berlanjutan pergila ke hospital dan buat check, jgn asyik ke farmasi ambil ubat demam sahja.
Selain itu cuba juga malkan produk yg dapat tambah antibodi..contohnya madu, habbtatus sauda, myk ikan ke dan sbgnya..
semoga kalian yang di uji diberi kesembuhan..
Bagaimana pula simptom utk bayi 7bln.. Ape yg boleh lihat tanda2 jangkitan...? Minta bantuan info pleasee.....!!!
Bayi 7 bulan demam demam ni biasa kalau nak tumbuh gigi, dan sebagainya lah.
Tapi bayi kalau demam teruk dia akan lembik dan merengek sahaja. Kalau dia demam pastikan bagi ubat yg sesuai seperti Fepril(Paracetamol utk bayi) dan rawatan segera adalah tuam badan dengan tuala yg direndam air suam. Letak dan Lap pada dada, dahi kepala dan sgbnya.. berulang kali bagi suhu badanya menurun semula, Ini penting.
Untuk simptom bayi 7 bulan mungkin demam jugalah. dan saya bukan pakar bahagian ini, just copy n paste jer artikel ni. Jadi tak dapat nak jawab soalan encik diatas, btter tnya pakar.
Saya syor kan cepat prgi jumpa doktor sekiranya dah buat rawatan seperti sy sebuat di atas dan suhunya masih tak turun2. Bawak ke Hospital. Bayi boleh mudarat / sawan jika terampau panas dan air dlm badanya kurang.
Wallahualam..... Maaf jika tak membantu.
meja kat ofiz i penuh dgn tahi yikus n kencing tikus..doc2 pun btompok2 dgn bekas air kencing tikus. adakah ia bahaya jika kita tpegang air kencing yg dh kering?
Ayah pnh kna virus ni dlu..dh msuk ICU dh..tp arwah nenek ajar cara nk tawarkan virus ni..n br2 ni ank kwn ayh msk icu sbb virus ni n alhamdulillah skg dh sihat dgn izin allah
Ayah pnh kna virus ni dlu..dh msuk ICU dh..tp arwah nenek ajar cara nk tawarkan virus ni..n br2 ni ank kwn ayh msk icu sbb virus ni n alhamdulillah skg dh sihat dgn izin allah
Boleh kongsi cmna nk tawarkn virus ni?
Better ke private or gvrnmnt?
Cana cara nk tawarkan virus tu?plzz share..
Kes i pun mcm ni jugak. Byk tahi tikus n bekas kencing tikus dlm ofis dan dokumen2.. Risau kalau terkena jangkitan..
kalau kencing tikus kena kt kulit bahaya x
kalau kencing tikus kena kt kulit bahaya x
anak saye muntah2..pastu demam tinggi dh g klinik..esoknye sakit perut kerap n cirit birit..arini dh masuk 3 ary sakit perut yg kerap n berak cair...adkah ni pun slh stu pyakit kencing tikus..sbb sblum ni ad g air terjun pada masa yg sama ujan..
Sy beli buku masakan kat 1 kedai ni..elok berbungkus dlm plastik..ble balik nak baca,terhidu bau hancing yang amat tidak menyenangkan..buku tu sy lalukan bawah air dan keringkan..tp bau masih ada dan kebetulan tahap kesihatan saya kurang memberangsangkan sbb da smggu dmm..ble bau2 kencing makhluk Allah tu, pagi ni nak tarik nafas dada rasa ketat,batuk2 tp berkahak, n selesma makin teruk,kapala pening dan badan rase berangin..risau pula kalo terkena virus kencing tikus ni..
Arwahyarham cikgu sye baru je mnggal disebabkan pnykt ni, semoge rohnye berada di tempat orang2 terpuji. .
Simptom yg diberi tahu , dia demam teruk pastu okay, n beberapa mggu lpz tu dy demam blek. . Tpi xd mnunjukkan y dy sakit atau sebagainya. . Kemudian, pd hari die demam semula tu, dy meracau2 n muntah. . Twoz dibawa ke hosp utk rwatan lnjut, apbl ke hosp , dy twoz koma shngga smggu, dn mnggal dniaa. . Pd ketika itu hanya jantung dn paru2 dia aje masih elok, organ2 lain semua xdpt diselamatkan. . Nasihat pd kt luar sana, tabahkan hati, ingat tuhan, n tawakal selebihnya. . Aminnn
adik ipar sepupu saya meninggal lepas demam 4 hari sebab kuman kencing tikus merebak sampai kejantung nya , sekarang adik sepupu saya and adik ipar yang 3 orang serta suami nya masuk ke dalam wad akibat kuman kencing tikus . punca mreka mndi di lata bayu
Post a Comment