ARTIKEL INI SAYA COPY PASTE DARI LAMAN WEB LAIN, SAYA BUKANLAH PAKAR BERKAITAN HAL INI HARAP MAKUM
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).
- Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda dan Gejala
Gejala :
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
- Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
- Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
- Radang selaput mata.
- Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Tanda dan ujian makmal
- Ujian sel darah putih (WBC).
- Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
- Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
- Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
- Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
- Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
- Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
- 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
- Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.
Komplikasi
Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Komplikasi:
- Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
- Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
- Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
- Kegagalan fungsi hati.
- Kegagalan fungsi buah pinggang
boleh membawa maut sekiranya kritikal!!
Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit
111 komen disini yer..:
doxycycline bole beli di farmasi ke? kene dapatkan dulu nasihat doktor??
maaf lanun tak leh nak jawab yang tu,
better tanya doktor / pakar dulu yer wak :-)
astaghfurullahalazim~~~ Harap-harap dielakkan oleh kita semua selepas apa yang terjadi kepada saudara kita yang bernama Allahyarham Din Beramboi juga Izwan Pilus~~ semoga mereka ditempatkn ditempat yang dicucuri rahmat~~ Amin~
Salam...uncle sya masih lg dlm icu hosp tganu akibt jgkitn ni.bmula dgn demam biasa pastu makin truk smpai takleh nk bgn..sesak nafas..pengsan dan koma hmpir 2 hari.ptg td sya dkhabrkn dia dah mula sedar tp masih tlalu lemah...mohon sama2 doakn dia sembuh n bebas dr jgkitn brbahaya ni...insyaallah
salam..uncle awk dmam da bpe lama ye?sy da 8 ari dmam,tp dktor da cek darah katany negatif.tp ubat yg dberi ialah doxycilin.. Tkut gak nih,cz msih lg dmam.
slm.. pakwe sy sampai sekrang masih dihospital. dah 7 hari. dia demam sblm tu dah hampir 2 mggu. sakit otot beserta demam. bila g klinik doktor bg antibiotik n panadol. pas makan ubat demam menurun tp 4 jam lepastu demam tinggi balik. 20hb sy bw g pku. doktor sana terus hantar hospital besar. skrg ni dah buat ct scan n ultra sound. n smpai skrg doktor xtahu sakit apa tapi suspect kencing tikus. jangkitan kuman dalam darah, hati membengkak dan sedkit bernanah, demam kuning, sel darah putih makin melebihi darah merah walaupu antibiotik yg paling kuat diberikan. sekarang saya hnya mampu bdoa, smoga tuhan panjangkan usia dia dan cepat2 sembuh...
salam..kalau sakit perut berpanjangan mcm ne..? adakah ia salah satu simptom penyakit tu..check doctor kata gastrik n kembung perut tp dh 2 minggu..
bile makan ade rase sakit x?ditujukan kepada anonymous diatas
doakan kakak saya juga,,kena sakit tu jugak
tunng sya pon disyaki kna demm 2..tp sya berdoa moga dijauhkan....diorng baru je amik darhnya..isnin nie bru kuar kptsn..hope xdk apa2...isau saya.....smga dia trhndar dri pnykit itu..
timekaseh pada semua yg komen. Apa yg Lanun dpt cakap di sini.. janganlah pandang ringan pada demam2 ni. Kalau nampak berlanjutan.. bawak g jumpa doktor. Jangan yakin sgt dengan panadol dan ubat2 lain.
Pada yang sedang sakit sedang mengalami ujian Allah. Lanun doakan semoga cepat sembuh.. sihat seperti sediakala.. aaamin ya rabbal alamin..
n semoga kita dijauhi juga dari penyakit2 berbahaya seperti ini..
bila baca post ni risau plak sbb sy start demam blk dr mandi kt tempat rekreasi..
demam, batuk, sakit kepala, muntah n cirit birit.. huhu
salam... Saya pun br2 ni demam da 4hr. Td br bt jumpa doktor hospital tawau. Pa yang mengecewakan saya. Saya xd check sebaik mungkin. Doktor cuma bagi ubat tahan sakit jak. Sedangkan saya sesak nafas, demam, sakit kepala yg bterusan.. Ada ka itu tanda2 sakit kencing tikus?
Salam..saya baru diberitakan ptg td yg ujian drah saya positif bg pyakit kencing tikus. Esok admit wad. Hanya mampu menangis dan berusaha utk redha. Bila pandng wajah anak2 (2thun dan 7bln), hanya ALLAH yg tahu perasaan saya sebagai ibu memikirkan segala kemungkinan.
Tp mati itu di tgn ALLAH, tidak cpt@ lmbat wlau sminit. Saya akn cuba kuatkan hati demi anak2. Bicara saya byk dgn ALLAH wktu ini agar DIA melindungi saya krana DIA tau segala...
As salam, saya dah start cirit birit dan rasa loya..dada saya ada sedikit sakit, saya berdoa agar Allah akan lindungi saya. pagi nanti baru nak jumpa doktor. harap tiada apa2.
Sya dmam x lma cma shari.ttp tnda2 yg lain tu mcm ada.cma skrng rsa skit dkat sendi lutut. Ada kmngkinan ke kna pnykit ni. Sape yg tau tlg crita lbh lnjut.
Bleh sya tau tnda2 awal yg trjdi sblm disahkn pnyakit ni
Saya sakit di bahagian tricep dan bahu selepas pulang mandi dari kawasan lubuk yu, pahang... Sudah 2 hari berlalu tapi tiada kesan demam,batuk, loya dan sebagainya .. Hanya otot yang sakit .. Adalah itu simtom juga?
saya disahkan positive demam kencing tikus... Bermula dgn sakit otot tulang rusuk, jumpa dr klinik kesihatan, dr maklumkan saya cuma terseliuh otot je.. 2 hari kemudian demam tiba2, jumpa dr klinik swasta, dr just bg ubat demam-paracetamol etc.. Tp demam tak surut2... G klinik lg just tambh ubat antibiotik. G hospital sehari kemudian, check darah.. Still tak nmpk apa2..
Dlm masa y sama mlm2 sy susah nak deep breath.. Sakit mcm ada urat nak putus je... Genap seminggu demam tak surut gak, i g hospital lg.. Explain everything.. Sanalah start buat ecg for jantung ok.. Bila buat xray bru detect paru2 i infection... Masuk wad.. 2 days masuk wad brulah i disahkan positive demam kencing tikus.. But now i dirawat jarum antibiotik n ubat mkn.. I tot i sakit demm biasa je.. Rupanya...emm...Pray for me..
My advice kalo sakit rajinkan jumpa doktor... Hehe..
Saya minum air soya dirumah...apbila saya dh mnum ,saya trbau air kncing tkus di dlm gls tu..adkah sya tlh trkna pnykt tu?
KALAU kita pegang sabun buku yang dah kena gigit tikus takda pape ke? coz sy t'beli sabun buku yang dah kena gigit tikus tapi belum guna lg lepas beli tu,cuma buang bekas tempat gigitan tu guna pisau and basuh guna span pencuci pinggan... -.-'' , sy risau kalu ada pape yg terjadi...
sy juga seorg yg positif virus kenci tikus.sy admit 3week d hosp besar kedah.mula jumpa doktor x ada ape,tp dmm masih berterusan suhu mencecah 41°c doktor put ke wad permehatian.seksa mcm nak mati.mengigil n sakit sendi,nurse cuci badan setiap jam pun suhu x turun.i mcm mayat hidup.doktor pun kerap tarik jarum n check bunyi paru2 but paru ok.pastu sebelah petang penafasan sy semakin pendek doktor tarik I ke wad klitikal red zone.doktor kata I mmg positif virus kencing tikus n tahap klitikal...time tu lah I rs xlepas dh sbb penafasan semakin pendek.doktor masukkan gas.jarum air dns n wayar2 dlm badan...menunggu beberapa minit aje rs mmg melayang.tiba2 seorg doktor kt organ dlm masih elok slepas xray...patient boleh hidup lg.time tu la I kuat kan semngat demi my wife d oversea...doktor bertungkuslumus akhirnya I berjaya keluar red zone n admit d wad...selama hampir 3weeks...doktor bg antiboik n dns setiap hari.dmm pun mcm tu sakit seksa akhirnya masuk dua weeks baru ok cikit .skrg doktor bg discharge..ttp makan masih terhad...rs pening2 loya kadang2 jumpa sinseh buang angin badan n rehat d rumah aje sbb masih lembik walau sdh 4 week berlalu..semangat adalah ubt penting....pends sripraneet lim
Husband sy demam da seminggu. Sakit badan, n kadang2 menggigil sejuk. Tekak sakit tp xde kahak.n skang mata pulak merah n berair. Demam bila malam je panas sgt siang ok suam2 je. Adakah ini symptom
Dari komen sebelum2 ini, saya perasan yang bila demam berlanjtan yang payah nak kebah serta sakit sakit badan mungkin ada risiko kena penyakit ni, saya nasihatkan kalau demam yang berlanjutan pergila ke hospital dan buat check, jgn asyik ke farmasi ambil ubat demam sahja.
Selain itu cuba juga malkan produk yg dapat tambah antibodi..contohnya madu, habbtatus sauda, myk ikan ke dan sbgnya..
semoga kalian yang di uji diberi kesembuhan..
Bagaimana pula simptom utk bayi 7bln.. Ape yg boleh lihat tanda2 jangkitan...? Minta bantuan info pleasee.....!!!
Bayi 7 bulan demam demam ni biasa kalau nak tumbuh gigi, dan sebagainya lah.
Tapi bayi kalau demam teruk dia akan lembik dan merengek sahaja. Kalau dia demam pastikan bagi ubat yg sesuai seperti Fepril(Paracetamol utk bayi) dan rawatan segera adalah tuam badan dengan tuala yg direndam air suam. Letak dan Lap pada dada, dahi kepala dan sgbnya.. berulang kali bagi suhu badanya menurun semula, Ini penting.
Untuk simptom bayi 7 bulan mungkin demam jugalah. dan saya bukan pakar bahagian ini, just copy n paste jer artikel ni. Jadi tak dapat nak jawab soalan encik diatas, btter tnya pakar.
Saya syor kan cepat prgi jumpa doktor sekiranya dah buat rawatan seperti sy sebuat di atas dan suhunya masih tak turun2. Bawak ke Hospital. Bayi boleh mudarat / sawan jika terampau panas dan air dlm badanya kurang.
Wallahualam..... Maaf jika tak membantu.
meja kat ofiz i penuh dgn tahi yikus n kencing tikus..doc2 pun btompok2 dgn bekas air kencing tikus. adakah ia bahaya jika kita tpegang air kencing yg dh kering?
Ayah pnh kna virus ni dlu..dh msuk ICU dh..tp arwah nenek ajar cara nk tawarkan virus ni..n br2 ni ank kwn ayh msk icu sbb virus ni n alhamdulillah skg dh sihat dgn izin allah
Ayah pnh kna virus ni dlu..dh msuk ICU dh..tp arwah nenek ajar cara nk tawarkan virus ni..n br2 ni ank kwn ayh msk icu sbb virus ni n alhamdulillah skg dh sihat dgn izin allah
Boleh kongsi cmna nk tawarkn virus ni?
Better ke private or gvrnmnt?
Cana cara nk tawarkan virus tu?plzz share..
Kes i pun mcm ni jugak. Byk tahi tikus n bekas kencing tikus dlm ofis dan dokumen2.. Risau kalau terkena jangkitan..
kalau kencing tikus kena kt kulit bahaya x
kalau kencing tikus kena kt kulit bahaya x
anak saye muntah2..pastu demam tinggi dh g klinik..esoknye sakit perut kerap n cirit birit..arini dh masuk 3 ary sakit perut yg kerap n berak cair...adkah ni pun slh stu pyakit kencing tikus..sbb sblum ni ad g air terjun pada masa yg sama ujan..
Sy beli buku masakan kat 1 kedai ni..elok berbungkus dlm plastik..ble balik nak baca,terhidu bau hancing yang amat tidak menyenangkan..buku tu sy lalukan bawah air dan keringkan..tp bau masih ada dan kebetulan tahap kesihatan saya kurang memberangsangkan sbb da smggu dmm..ble bau2 kencing makhluk Allah tu, pagi ni nak tarik nafas dada rasa ketat,batuk2 tp berkahak, n selesma makin teruk,kapala pening dan badan rase berangin..risau pula kalo terkena virus kencing tikus ni..
Arwahyarham cikgu sye baru je mnggal disebabkan pnykt ni, semoge rohnye berada di tempat orang2 terpuji. .
Simptom yg diberi tahu , dia demam teruk pastu okay, n beberapa mggu lpz tu dy demam blek. . Tpi xd mnunjukkan y dy sakit atau sebagainya. . Kemudian, pd hari die demam semula tu, dy meracau2 n muntah. . Twoz dibawa ke hosp utk rwatan lnjut, apbl ke hosp , dy twoz koma shngga smggu, dn mnggal dniaa. . Pd ketika itu hanya jantung dn paru2 dia aje masih elok, organ2 lain semua xdpt diselamatkan. . Nasihat pd kt luar sana, tabahkan hati, ingat tuhan, n tawakal selebihnya. . Aminnn
adik ipar sepupu saya meninggal lepas demam 4 hari sebab kuman kencing tikus merebak sampai kejantung nya , sekarang adik sepupu saya and adik ipar yang 3 orang serta suami nya masuk ke dalam wad akibat kuman kencing tikus . punca mreka mndi di lata bayu
Plis kongsi bagaimana nk tawar virus ni...
Blh kongsi mcm mne nk tawarkn virus nie
2 minggu yg lepz sy dh strt batuk2 n selsema selme 2 minggu... Then ad demm 2 ari tpi x pns sesgt... Nie dh 3 ari sy demm panas sesgt... Pale tingtong then cirit birit... Emmmm sy ad bukk synthom utk demm denggi akn timbul ruam merh... Tpi kt bdn sy x kuar ruam tpi bintik2 merah mcm terbit drh... Sy x psti sy skit ap sebenrnye nie... G klinik doc just bg ubt panadol n antibiotics... 2ari lepz kakak kepda member sy bru shje meningl akibt 2 penykit serentak iaitu denggi n kencing tikus... Kt hospital termeloh... Ap2 pon sy redho shje klw allah bg dugn nie kt sy... Doakn sy semua...
Salam...saya baru sahaja keluar wad sebab terkena penyakit kencing tikus ni jugak...asyik demam tak baik, batuk tak berkahak, sakit seluruh badan...satu malam kena demam menggigil tapi tak pergi lg hosptil..malam esok pergi hospital terus kena tahan n buat ujian darah positif kena kencing tikus...masa tu takut sangat sebab doktor kata hati dah bengkak...alhamdulillah lepas seminggu masuk wad n masuk antibiotik dah blh keluar...ni tggu appointment doktor pada 26 jun ni utk rawatan selanjutnya...saya takda pula pergi mandi mana2 air terjun tapi bila diorg bagitau bukan setakat mandi air terjun je blh terkena penyakit ni, cara lain pun ada...lepas ni klu nak makan kt kedai kena hati2...atau klu nak masuk hutan pun sama jugak...klu dh rasa badan lain macam cepat2 pergi ke hospital...saya pun skang ni makan ubat doxycycline jugak tuk penyakit ni...
Sy bru disahkan postf kn jngkita vrus tikus hri ni dgn buat ujian darh.. Tp x da tnjukn symptm yg ketra cuma skit tekak dan bdan rsa letih..x da pula dmam.. Doktr cma bg antibiotk untuk mkn dlm msa 5 hri.. Lpas 2 p buat ujian drh skli lg.. Adik sy yg umur 5 thn pla dthan wad ats jngkta yg sma d privte hosptal
sy juga baru klua wad.. suspect virus ini... alhamdulillah semua msih ok..
Salam ..nenek saya hampir 2 minggu terlantar di hospital .. semalam baru doktor inform bahawa kemungkinan menghidap jangkitan penyakit kencing tikus ..suhu badan nenek turun naik, badannya lemah,hilang selera makan , dan ada juga sesak nafas kadang2 . Tapi belum pasti memang penyakit itu atau tidak . Isnin ni baru doktor akan beritahu keputusannya . Bila saya tgk dpd google, punca2 blh dpt jangkitan penyakit ini sama seperti aktiviti yg nenek sering lakukan and tempat2 yg nenek pernah kunjungi . Cth seperti nenek suka tanam bunga .. rumah nenek pun banyak tupai melompat .. tapi apa2 pun diharapkan nenek cepat sembuh .. kesian tgk nenek terbaring lama .. dah la nak raya ni .. :'(
sy pon nk tau simpton ntk bby 1 thn..sbb sy bru pindah ni..ank sy dmm tba2..
assalamualaikum...umah yg saya sewa ni bnyak sgt tikus..pkaian yg sy letak atas rak, kna basuh balik sbb bau kencing tikus, bila nk basuh tu sy rendam dlu, kmudian bilas dan bsuh msin..ari ni dah 2 hari saya cirit brit dan slalu ngantuk..rasa lemah dan malas nk brgerak..bdan dah mula rasa cam nk demam..risau bila baca komen2 korang smua..adakah sy dh kna jngkitan ni..
Salam,sy jgak dduk umah sewa. Msa sy mkn,sy ad goreng telur mggunakan kuali yg xbttup. Rmah sy byk sgt tkus. Sy xpsti samada myk tu ad tkna hdupan itu atau x. slpas 1 ari,sy dh mula rsa pening2 n nk muntah. Tp xde la teruk sgt.sy rsau sgt. Adakah hal cmni pom bole trkna jgkitan tu??mohon pnjelasan smua. Sy sgt rsau!!
Salam...sy da 1 mgu dmam...tp 2-3 ari ni dmm kuat xbgun...hingus byk sgt.kahak pun byk..mata kabur..tb2 byk tahi mt...wlupun sy xtdur...tahi mt tb2 byk....cek dktr bg ubt dmm biasa....sy tkut klo2 dmm kncg tkus...ank br 10bln...-_-
askum..skg ne my husbnd kna dmm dkt 2 mggu lbh ..xda batuk,dmm panas trun naik xpandai baik,,pas2 xpandi gak baik..da g hospt,klink swasta g cek tpi xda apa2 kesan gak bg jangkitan..terakhir g hosptl cek sbb husbnd xthn ngan brgegar stu bdn..pas tu d xray cma atinya ada maslh ckit tpi alhmduliah xberbhaya..mudah2an2 allah bg peluang kpd husbnd hmba untk menikmti segala nya .amin..spa y pernah kna penykit kencing tikus ne,,share2 la bg mengelakkn kematian d ngara kita..amin
Assalamualaikum.. sy naik risau jgk bc komen dr atas sampai bwh. Nk djdkn crita, sy pn dmam jgk. Start jumaat hrtu tp x teruk sgt. Sabtu dh mula mggigil n sejuk wpun waktu siang n pns terik & sy dh mula skt 1 bdn sampai x blh ddk tegak. Ahad sy pg klinik n dptkn suntikan utk krgkn skt bdn tu.. ok sekejap n skrg dh hr selasa. Namun demam sy msh x kebah. Bdn msh skt, sy batuk x brp nk brkahak, selesema pn xde hingus sgt, skt prt n muntah lps mkn & mata rs skt semcm.. Sy pn risau tkt2 kena jangkitan tersebut. Tp mtk2 djauhkn la drpd sgala pnykt brbahaya..
Salam saya ade google kalau simtom...demam tak kebah...batuk..hidung berair tu demam denggi....untuk semua saya doakan semoga cepat sembuh...n yg lagi elok check darah....
doakan semua selamat
Anak saya umur 11 tahun sudah 7 hari kat hospital sebab terkena penyakit kencing tikus ni..dia demam dah seminggu lbh. Saya dah bawa pergi klinik 2 kali tapi demam tak baik..sebelum ni di selalu mengadu sakit kepala dan badan sering menggigil. Masa kat hospital ingat kan denggi tapi bukan..suhu badan dia mencecah 40.6..setelah beberapa ujian darah dilakukan..anak saya disahkan mengidap virus kencing tikus. Setiap kali tgk dia menggigil. .sebagai ibu saya rasa sgt sedih... npk kesakitan yg amat sgt dimukanya..doktor nak complete kan antibiotic sehingga 25hb. . Semoga anak saya cepat sembuh.
Semoga semua cpt sembuh...sy pun tgh risau abg sy terlantar di wad icu. Doktor suspek kencing tikus..Ya Allah selamatkan dan sembuhkanlah penyakit abg ku.....
saya baru je balik dari mandi air terjun jeram toi n9..balik je rumah terus rase sakit2 1 badan..yg palaing sakit sekali kat tangan kiri..adakah ini symptom sy kena leptospirosis?
Sbulan yg lepas sy djgkiti virus ni...2mnggu sy terlntr di icu..8hri koma...alhamdulillah..sy da shatsprti biasa
kawan saya baru arwah 6hb nov 2013 disebabkan virus ini , sehari dalam wad terus meninggal .. puncanya mandi2 di jeram kat belakang zoo negara . memang bahaya penyakit ni kalau kiita x pandang serius .. tempat rekseasi mandi manda x semestinya di sungai atau laut , entah2 kat sunway lagoon pun ada x ?
any info kengkawan ..
gejala kencing tikus semakin menular...walaupun kesnya agak terpencil tetapi MENAKUTKAN!!!...harapan saya...pihak KKM perlu bergerak lebih aktif bagi menyebarkan maklumat terkini!!! terima kasih
Saya gi mancing kat jerang(jeram) orang asli..
Balik rumoh tengkok bertamboh sakit,hari sebelum memang sakit doh.balik rumah ketor palle (kepala)berasa..
Risau jugok ni..
Baru malang ni yang ketor palle sejukk..
Ni type message ni pong gigil tangan, ketor..
Nok makang dok selera, tadi pong makang ikang jerr..
Waa..gd tips...terima kasih..
Takut sgt2 dgn pnykit ni..,kt umh sy kdg2 ade cencorot dtg, pastu kncing merata...plg menyampah bab nk brsihkn tu...sntiase risau kot2 trkena jgkitan tu..
Nk mndi kt a.trjun plak, pk brjuta kali wpun tu adalah xtvt yg plg disukai..huhu..
Kpd yg komen d ats td, kata nenek ade ajr utk twr pnykit ni, sila2la share d cni...psti sume nk sgt tahu...
2 hari lpas abg sy pon kena virus ni..skrg still kt wad lg. dia baru balik mandi manda kt perak. simptom yg abg kena demam terlmpau tinggi, sakit kpala teruk, sesak nfas. mintak2 dia cpat smbuh..risau kami 1 fmly tengokkn dia..
kawan 1 ofis kena penyakit ini. tidak pasti sejak bila dia mendapat jangkitan tapi start masuk hospital 30/12/2013 selepas pengsan tengah malam. ada pendarahan dalaman usus sebab bacteria dah serang usus. kawan itu juga ada mempunyai kencing manis terkawal tetapi meningkat tinggi selepas di admit ke ICU. Sekarang dia bertarung nyawa selepas 4 hari tidak sedarkan diri. Doktor kata kritikal.
As salam...sis mohon di sharekan cara nya...moga dapat membantu sesama insan y memrlukan...
Pak cik sy jug pernah tekena jankitan kencing tikus.hampir 3 mggu kena tahan dlm wad dan dr cakap kuman dah merebak seluruh badan.muka dia kd pucat dan seluruh badan jd kekuningan.penfasanya juga jd tersekat sekat.dan badanya jd sgt lemah.puncanya pak cik pergi memancinh dkt sg kat kg.tp alhamdulillah slps makan ubat yg di belu oleh sepupu dr Sudan .keesokan hr nya pak cik nampak ada perubahan.dan result darah dia pun cantik.dia pun jd nampak bertenaga dan tak lemah macam kelmarin.petang tu jugak pak cik boleh keluar hospital.sesiapa yg berminat nak cuba ubat tersebut boleh hubungi sy 0195491600
Awk boleh hubungi sy utk cuba penawar kuman kencing tikus.pak cik sy 3 mggu lps masuk wad sbb masalah sama.alhamdulillah slps makan penawar yg dh belj dr sudan pak cik sy pulih dan kembali sht dlm masa tak sampai 2 hr.0195491600
sy positif leptoprosis. kena thn wad selama 14 hari. symptom demam tinggi, sakit bdn hingga tidak upaya bangun, mata kabur, kencing berdarah & sentiasa mengigil. rawatan yg diberikan di wad ialah injection antibiotik & masuk air. selain ubat pcm & sakit tekak. Alhamdulilah selepas seminggu saya semakin pulih tapi masih positif leptoprosis. saya benarkan pulang & mendapat cuti sakit selama hampir 2 bln dan dlm tempoh 2 minggu masih meneruskan pengambilan oral antibiotik di rumah. doktor apptmnt diteruskan setiap seminggu sekali. sy dilarang doktor bercampur gaul atau melakukan aktiviti luar rumah (kuarantin dirumah) kerana kondisi kesihatan yang sangat lemah; letih melampau & sakit kepala berat. akhirnya sy ambil keputusan berhenti kerja. walaupun sudah disahkan negatif lepto pd bln dec.2013, kondisi kesihatan sy tdk seperti dulu; sy mudah sakit; demam selsema, sakit tekak & gastrik. doktor mgatakn puncanya sbb pgunaan antibiotik yg terlalu kuat hingga mnggangu system prthan bdn. perlu ms untuk pulih. so hati2 lah & jg la kebersihan. basuh tin2 minuman sebelum minum. tgok dulu keadaan kebersihan kedai sebelum mkn. leptoposis adalah antara virus plg berbahaya dan risiko untuk sembuh sangat sukar untuk dijangka.
ada x sape2 yg komen kt sini dari bangi??
Salam.. sy rs takut bca komen di atas.. hari ke 2 demam sy ke hospital buat pemeriksaan doktor. Hairan bila doktor mengatakn sy tdk demam, sedangkn sy rs panas selsema serta batuk. Malah tekak rs terbakar dan rasa sakit, suhu bdn meningkat menjelang ptg. Hari ke3 sy hilang suara dan hilang selera mkn. Dlm tempoh ini kdg2 sy x mmpu bangun krn terlalu demam. Najis berkeadaan cair. Sy sukar tdur menjelng mlm krn gangguan pernafasan. Doktor owh doktor x demamkah sy kalo dah 6 hari begini?
Jiran sblh rmh sy pn meninggal sb virus ni. Xlame.. Die dmam hr jumaat..n makin truk.. Hr selase pg die meninggal. Amat tkejut sb die sihat sblm tu suami demam lbh lame..seminggu tp mujur xkne jgkitn tu.. Ajal maut dtgn tuhan..
Bole tnya tak.. Kalo kita brsihkan kncing tikus.. Besar kmungkinan bole kena jgkit ke? Sbb kat ruma sy ada 1 tmpat tu hari2 kena brsihkan.. Heran jg tmpat yg tu je ada kncing die.. Tmpat lain tak pulak..
Subhanallah.. Masyaallah...
Terimakasih pada semua yang bagi komen,n share pengalaman. Memang bahaya sungguh penyakit ni.
Saya simpulkan disini..
1. Jaga kebersihan diri
2. Makan makanan berkhasiat yang boleh kuatkan imun badan
3. Makan di tempat /kedai yg bersih
4. Basuh tin makanan / minuman yang dibeli dari kedai sebelum diguna.
5. Basuh tgn sebelum makan.
6. Banyak doa semoga Allah jaga kesihatan kita.
Saya doakan semua sentiasa sihat, dan yg sakit semoga Allah beri kesembuhan yang baik.. Aaminn ya rabbalalamin..
Mcm mna nih smlm kp!s gi jram linang sya rasa skit tekak sgt2..then hari nih lenguh bahu kanan..smpai ke leher..pastu hari nih gi beli madu..lpas mkn madu bdn rasa lain je..sya risau la..mcmana nih...ya allah..
baru tadi ada seorang kawan saya meninggal d sbbkn kencing tikus .. siapa2 yang tahu cra untuk memgubati pnyakit ni,,share2 lh ..
SNE Kapsul boleh membantu pesakit kencing tikus.kita ada testimoni. hubungi donna 016 842 7074 utk repky pantas. sy akan kongsikan lebih mengenai penawar kencing tikus di sini jika ada yg nak tahu.
dr bln lalu smpai bln nhe dmam berlarutan....sht dlm 2-3 hr..pastu dmam balik...sakit tekak smpai bernanah...rsau jga...sbb sllu masuk p stor tmpt kja...kat sna bnyk tkus berleluasa
Saya terkena jangkitan ni tp masih belum sembuh ..mkn ubt pon nanti akan sakit balik ..mne nk cri ubat yang berkesan selain ubat hospital ye.
Sy terpegang wayar , kt situ ada bekas gigitan tikus.. then time nk mkn lupa bsuh tangan... cmna ea. Hati berdebar2 je ni ..
assalamualaikum. saya terjumpa ini di google. katanya penawar kencing tikus. semoga ia dapat membantu http://khazanahpurba.blogspot.com/2014/11/rawatan-tradisional-kencing-tikus.html?m=1
Saya dah demam 3 hr...tp sakit2 dah berkurangan...adakah penyakit ni ia pergi2 & dtg semula?
Kawasan rekreasi sg gabai pernah berlaku ke kes kencing tikus ?
Saya batuk2 dan sesak mafas tiga hari n demam sikit tk teruk . Tp 4 hari yg lepas saya ada mndi kt lata . Ad kemungkinan kencing tikus ke ?
Saya rasa kita semua kena bunuh tikus tikus yg membiak disekitar kita. Cukuplah dgn sengsara yg dibawa haiwan perosak ini.
Salam..... Nak tanya.... Kalau ade pesakit kena demam kencing tikus nii....ade potensi ke nak pulih sepenuhnya. Ade ker survival x sampai hr ni?
Adik saya sekarang berada di hospital selayang..disyaki kena demam kencing tikus..dia baru 2 hari melahirkan anak .demam x turun jadi sekarang kena tahan wad...doakan yg terbaik utk dia
Sy br je kehilangan anak sulung sy yg berusia 20 thn semalam disebab kn penyakit inilah..anggota bdn dia lemah2..x larat nk jln,menggigil,xde selera mkn,perut sakit, sy dpt info dr kwn2 di group wassup mereka bgth suh rebuskn serai n bg minum rebusan serai td kat pesakit ni..ia boleh membunuh kuman kencing tikus...tp sy try x menjadi mgkn ank sy time sy bg dia minum air tu..dia dalam keadaan yg kritikal sgt2...
Salam...suatu hari berus gigi saya terjatuh kedalam longkang
Dalam longkang tu tikus slalu kencing.lpastuh saya kutip dan lupa untuk basuh berus gigi tu.dan saya telah gunakannya.adakah dengan ini saya boleh terkena penyakit tersebutt....
tu cm syntom terlebih berenang saja..insha Allah xda apa2.
Boleh guna lagi selagi tikus tak pakai berus gigi kita.
Hihi.
Buang, beli baru je dik. Berus gigi baru rm3 sebatang.
Kalau dah terpakai, tawakkal je. Tak semua tikus ada virus leptospiroa nih, hanya tikus pengotor je.
Kalau dah demam seminggu tu elok pegi hospital terus. Rasanya hospital kerajaan lebih berpengetahuan pasal leptospirosis ni. Saya pun nak cuti2 ji sibuk baca pasal air terjun, tapi secara amnya boleh dikatakan air terjun di pahang, kedah dan perak ada sejarah leptospirosis ni. So anak2 semua terpaksalah mandi air kolam mr diy je musim cuti ni. Beringat sebelum kena.
Semoga kita semua terpelihara dari penyakit.
Thank you to TT jugak. Walaupun copy n paste, tapi banyak manfaat nye.
sy positif kene virus kencing tikus...
mula2 doc suspek denggi .. positif
selang 9 hari masuk wad sbb sy dh teruk n tak larat doc sahkan denggi nk recover jee
lepas discaj keluar doc call soh dtg amik ubat sbb sy positif kencing tikus..
doc bg 4 hari antibiotik...hari ni hr ke 15.. sy still cirit birit 2 kali sehari
mkn pe pon sakit perot
tangan n kaki sakit mcm bengkak
esok sy ambil darah
hope sy makin pulih
insyaallah... amin
Salam Cuba ambik beberapa batang serai basuh sekali daun2 dia rebus buat minum cubalah
Great post and thanks for sharing....
Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this Post....
its very cute. thanks too share.....
its very cute. thanks too share.....
I love that idea. Awesome Post..
That is great to hear, thank you for reading!
Thanks for great article sharing...
Greetings and thank you very much for share
Thank you, that was just an awesome post!!!
Thank you, that was just an nice post!!!
Thank you so much share nic article
Thank you, that was just an awesome post!!!
Thank you, that was just an awesome post!!!
Thank you, that was just an awesome post!!!
Thank you, that was just an awesome post!!!
Nice Article. Thank you for sharing.
Post a Comment