12 May 2010

Budak 8 Tahun Hidup, 104 Meninggal Dunia... Ajal Di Tangan Tuhan...

Salam..
Terkejut dengan berita petang tadi pesawat penerbangan Libya terhempas. 104 penumpang termasuk anak kapal didalam nya semua meninggal dunia bila pesawat Afriqiyah Airways, yang terhempas di lapangan terbang Tripoli di sini. Allahu Akbar, dengan kebesaran Allah SWT seorang budak 8 tahun terselamat dalam keadaan baik dan kini berada kat hospital.

Maha Besar kuasa Mu ya Allah... Engkau lah yang berkuasa menentukan ajal kami, kami hamba mu yang merancang tertakluk di bawah ketentuan Mu, kami tunduk pada kebesaranMu ya Allah.

Bila baca rasa rendah diri, Allah Maha Berkuasa ke atas segala galanya penentu bagi tiap sesuatu. Ikut logik akal yang kuatlah akan terselamat, yang lemah pasti akan kecundang tidak dapat buat apa apa kan?. Budak yang lemah tu pasti tak akan terselamat, tapi dengan kekuasaan Allah yang menentukan takdir yang dah tertulis buat kita.

Redhalah kerana kita hambaNya sesungguhnya Ajal di tangan Tuhan dan ajal itu tidak memandang tua atau muda. Satu peringatan buat diri ni yang sering alpa..

Pasukan penyelamat dan kakitangan airport mencari serpihan pesawat, Takziah pada keluarga mangsa pesawat terhempas tu.
Budak yang masih tidak diketahui identiti sebenarnya, penumpang tunggal yang selamat 104 lain terkorban. Budak ni mengalami pendarahan, n tulang retak tapi dalam keadaan stabil.

Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

sarah shafie said...

rmainya meninggal..al-fatihah..

LaNuNsepet said...

hu3.. tak pasti lg ada tak muslim dalam pesawat tu..

ada org libya, afrika, british..

Adila Ady said...

takde gambar budak tu...ke?

LaNuNsepet said...

takda ar wak.. dah cuba carik.. tapi takda..

M a W a D D a H said...

Allah maha besar dan maha mengetahui...

LaNuNsepet said...

Allahu akbar!!