31 August 2010

Program Latihan Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan Jabatan Tenaga Manusia Kemasukan Sesi januari 2011

0 komen disini yer..
Permohonan untuk Program Latihan Penyelenggaraan Penerbangan Pengambilan Sesi Januari 2011 telah dibuka sekarang. Untuk Sebarang maklumat sila layari Laman Web www.jtm.gov.my. Terima kasih

  1. Program : Latihan Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan JTM
  2. Kemasukan : Januari 2011
  3. Tempat Latihan : Adtec ( Pusat Latihan Teknologi Tinggi )
  4. Syarat Syarat Permohonan : Rujuk Iklan
  5. Tarikh Buka Permohonan : 25 Ogos 2010
  6. Tarikh Tutup : 24 September 2010 (Jumaat)
  7. Kemudahan : Asrama, Elaun RM100, Yuran pengajian ditanggung (kecuali pendaftaran)
Laman Web : Jabatan Tenaga Manusia
Laman Web : Iklan Permohonan Program Latihan Penyelenggaraan Penerbangan
Laman Web : Borang Pemohonan Untuk Program diatas.

Pertanyaan :
  1. Facebook JTM
  2. Talian JTM : 03 88865555

Cara Mudah Embed Video Ambil Video Dari Facebook Untuk Blog..

26 komen disini yer..


Salam..
Anda tengah menonton video di facebook? pastu teringin sangat nak letak atau nak wat post pasal video tu kat blog korang? Apa caranya? Facebook ni tak sama macam Youtube ada sediakan embed code. Bagaimana?

Ya boleh Lanun akan tunjukkan cara bagaimana untuk memasukkan video atau pun dikenali sebagai embed kan video dari facebook ke dalam blog korang. Lanun rasa cara ni mudah, kerana hanya perlukan copy and paste sahaja.

Cara caranya ialah :

30 August 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke 53 1 Malaysia Menjana Tansformasi

5 komen disini yer..

Salam...
Alhamdulillah dah 53 tahun kita merdeka, merdeka dari penjajahan negara asing yang benar benar buat nenek moyang kita cukup tersiksa dahulu. Jikan kita dengar kembali kisah mereka pasti kita berasa bersyukur sangat dengan apa yang kita kecapi hari ni.

Lanun disini mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53, marilah kita isi kemerdekaan ini dengan rasa syukur dan semangat muhibbah antara semua kaum. Ingat! Cina India Melayu, Singh, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli dan sebagainya ( maaf kalu tertinggal ) kita semua adalah  1 keluarga, keluarga Malaysia. Mari kita pupuk semula perpaduan yang tulin kearah reformasi Malaysia kepada yang lebih adil dan berkebajikan buat semua.

Jauhi lah perbuatan maksiat, dosa, dan perkara perkara tidak bermoral yang boleh membawa mudarat, lebih lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini. Semoga pada yang balik kampung hati2 dijalan raya, pada yang keluar dengan keluarga sambut merdeka juga hati2 la k, jangan tinggalkan solat.

Selamat Hari Merdeka Rakyat Malaysia ikhlas dari Blog Lanunsepet.. 
Melayu jaga India & Cina, Cina jaga India & Melayu, India jaga Cina & Melayu...
1 Keluarga :-)

Peringatan 10 Hari Terakhir Ramadhan...

4 komen disini yer..
Salam..kita dah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan nampaknya. Ramadhan hanya tinggal 10 hari sahaja untuk kita pergunakan sebaiknya. Gunakanalah masa yang ada dengan sebaiknya supaya kita dapat menyambut syawal nanti penuh dengan rasa kemenangan. Sedikit peringatan buat diri sendiri sempena dengan penghujung Ramadhan AlMubarak.


Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :
  1. Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah .
  2. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
  3. Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan bembebasan dari azab api neraka.
  4. Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.
  5. Memperbanyakkan amalan sunat, bersedekah dan perkara ke arah kebaikkan.
  6. Membuat setiap pekerjaan dengan niat yang betul,  ikhlas dan bersungguh sungguh ( kerja, homework assignment )
  7. Siang atau Malam.. isi dengan perkara yang berfaedah demi merebut pahala 10 Ramadhan terakhir.
  8. Istiqamah dalam berbuat amal dan kebaikan.

29 August 2010

Tolonglah Faham : Bukan Muslim Boleh Masuk Ke Masjid Dan Surau Dengan Syarat...

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun jadi sesak dengan dakwaan Utusan dan Orang orang tertentu yang kononnya sibuk menjaga kesucian masjid. Mereka bertempelak kerana tak setuju dengan apa yang berlaku kebelakangan ini bila ada orang bukan Islam memasuki ruang sola masjid dan surau.

Jelas! Jelas! Jelas! lagi bersuluh mereka yang berkata demikian adalah orang yang Jahil dan tidak menuntut ilmu agama sepenuhnya sehingga menganggap masjid dan Surau hanya tempat solat dan haram bagi orang bukan Islam mendekatinya. Yang mereka tahu adalah "janji ada isu hentam musuh mereka". 

Lanun malas nak cerita panjang lebar sebab dah ramai Ulama ulas hukum dan persoalan mengenai bukan muslim dan kawasan masjid serta surau ni, jadi sila rujuk artikel ini yer.. Jangan rujuk Utusan yang suka politikkan apa sahaja isu demi menghentam pihak pembangkang. Kita bukan melawan titah Sultan atau Majlis Agama tapi sebagai ilmu yang wajib kita ketahui.

Apakah hukumya? apakah Kesannya? Dalil? Bukti ? boleh atau tidak? Hikmahnya?

1. Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid - Muzakarah Fatwa
2. Tidak faham agama punca polemik - Tuan Guru Nik Aziz
3. Boleh atau Tidak Non Muslim Masuk Masjid? - Ustaz Nor Amin
4. Bukan Muslim, Masjid Dan Mainan Politik - Ustaz Asri bekas Mufti Perlis

p/s : harap kita baca dan fahami... Islam ini syumul.. Kita sekarang buat Islam tu makin jauh dari orang buka islam.

Koleksi MP3 Lagu Raya Aidilfitri Untuk Download Mediafire Link

2 komen disini yer..


Salam...
Lanun disini dengan bangganya menyenaraikan laman web dan blog blog yang menyediakan link link untuk mendownload MP3 lagu raya. Pastinya yang jadi pilihan mestilah lagu lagu lama 60an 70an yang masih evergreen semua nya ada k. Selain tu, lagu lagu yang agak baru selepas itu juga ada didalam koleksi dibawah.

Jadi silalah terjah ke link link lagu raya aidilfitri [ .mp3 ] dibawah ini untuk download :
  1. MyToha.com [mediafire link] [password : MyTohaDotCom]
  2. OhCerita.com [mediafire link] [no password]
  3. Ludin18.blogspot.com [mediafire link] [password: ludin18.blogspot.com]
  4. OhMalaysia.com [4shared link]
  5. AkuMuzikHampa [mediafire link]
  6. Peringatan : untuk sesetengah download perlu ada password, password ada disediakn pada blog yang anda pilih jadi sila alert yer :-)
Antara lagu lagu yang tersenarai di dalam link link di atas antaranya seperti :

Dendang Perantau P. Ramlee Selamat Hari Raya Saloma Dari Jauh Ku Pohon Maaf Balik Kampung Sudirman Selamat Hari Raya Sesuci Lebaran Nazam Lebaran Air Mata Syawal Suara Takbir Siti Nurhaliza Bila Raya Menjelma Kepulangan Yang Dinanti Aman Shah Suasana Hari Raya Anuar Zain & Elina Satu Hari Di Hari Raya M. Nasir Salam Dunia M. Nasir Aidilfitri Sanisah Huri Bersabarlah Sayang Sanisah Huri Selamat Berhari Raya Rahimah Rahim Sepasang Kurung Biru Khairil Johari Johar Suasana Riang Di Hari Raya Junaidah Cahaya Aidilfitri Black Dog Bone Menjelang Hari Raya DJ Dave Ku Pohon Restu Ayah Bonda Mamat Seloka Hari raya Uji Rashid & Hail Amir Selamat Hari Raya S. Jibeng Ceria Aidilfitri Fazidah Joned Halaman Asmara Ziana Zain & Awie Pulang Di Hari Raya Noor Kumalasari Bila Takbir Bergema Rafeah Buang Di Pagi Aidilfitri Rosemaria Lebaran Ini Raihan Satu Pagi Di Hari Raya Raihan & Nowseeheart Puasa Raya Senario Seminggu Berhari RayaSenario Pulanglah Aishah Senandung Hari Raya Untukmu Dayangku Intan Selamat Datang Sayang Hattan Hari Raya Hari Bahagia Ideal Sisters Salam Aidilfitri Jamal Abdillah Hari Raya Bahagia Jay Jay Gembira Bersama Di Hari Raya Othman Hamzah Setahun Sekali Amy Mastura Indahnya Beraya Di Desa Azalina Aziz Manusia Miskin Kaya Eddy Nor Ali Hai Selamat Hari Raya Sharifah Aini

p/s : serabutnya tengok list ni pemalas punya Lanun!!

Iklan Merdeka Telekom Petronas 2010 Kali Ke 53 (Video)

3 komen disini yer..


Salam..
Sempena bulan kemerdekaan pastinya kat TV akan tersiar iklan iklan berunsur patriotik. Setiap syarikat gergasi akan menyiarkan iklan masing masing sebagai tanda bersama sama mengisi bulan kemrdekaan. Tapi tahun ini ntahlar, macam kurang kan? Lanun hanya jumpa 2 iklan sahaja untuk merdeka ke 53 tahun 2010 ni. Adakah tahun ni syarikat syarikat gergasi kurang untung? atau kurang semangat patriotik?

Dibawah ini iklan hari kemerdekaan Malaysia ke 53 2010 dari Petronas dan Telekom Malaysia :

1. Petronas


2. Telekom Malaysia

Maksud Jata Lambang Negara Malaysia : Selamat Hari Kemerdekaan ke 53

12 komen disini yer..
Salam...
Sempena dengan bulan kemerdekaan Lanun membawakan info mengenai Jata Negara atau Lambang Negara Melaysia. Ia merupakan lambang negara kita yang tertera di mana mana, alangkah sedihnya kalau ada yang tak tahu lagi bagaiman rupanya? apa maksudnya? Jadi post kali ni adalah sekdar berkongsi.

Versi Download E book : [ klik untuk download ]

Sumber Wikipedia :

Jata Negara yang baru.

Jata Negara yang asal..
  • Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, 
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. 
  • Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. 
  • Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bimbang dengan Isu Yang Bermain sekarang dan Sedikit Amaran Pada Kerajaan Pusat

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun bimbang dengan perkembangan hari ini dimana isu perkauman dan agama makin di permainkan dan dipanas panaskan sehingga membawa perang mulut dan ketidakselesaan. Tidak kira Melayu Cina India atau bangsa lain diharap tidak bertindak diluar rasionaliti dan bertindak dalam moral yang baik.

Lanun yakin semua orang sayangkan bangsa masing masing, Cina sayangkan bangsanya, India sayangkan bangsanya dan Melayu juga dan juga pada bangsa lain. Kita juga patut menanamkan cinta dan sayang pada negara dan sayangkan keistimewaan negara kita yang memiliki pelbagai etnik. Kita semua lahir di Malaysia bukan? Anak Jati Malaysia?


Perbezaan & Persamaan...
Memang kita banyak perbezaan, tapi kita tetap ada persamaan. Tak kira Islam, Buddha, Hindu atau apa sahaja semua agama menolak persengkataan, menolak kata kata kesat dan perbuatan menghina. Benar bukan? Jadi sebelum bertindak fikirlah. Wahai melayu fikirlah sebelum bertindak, wahai Cina, India sama sama kita berfikir sebelum bertindak. Janganlah emosional.. 

Peringatan pada Kerajaan...
Lanun juga ingin memberi amaran kepada kerajaan pusat bahawa adil lah, berlaku adil lah dalam menghukum pesalah. Lebih lebih lagi yang melibatkan pesalah yang menghina kaum lain. Hina kaum lain yang dimana kita dalam satu keluarga Malaysia. Bila sabit kesalahan hukumlah mereka dengan adil, tak kira Cina Melayu atau India. Jika kerajaan pusat tidak adil, menghukum dengan hukuman yang berbeza mengikut pangkat, maka Lanun yakin akan lebih ramai seperti Namewee akan muncul.

Kami semua cuma inginkan keadilan, bukan keistimewaan yang menindas orang lain.  Kalau kerajaan tidak adil. Maka makin ramai lah yang akan membenci, bangkit, memberontak dan melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Tindakan tegas perlu diambil tidak kira siapa mereka. Pada masa sekarang Lanun nampak seperti ada double standard dan itulah yang kaum lain nampak. Perbaiki..

Harapan dan Luahan...
Wahai kaum Cina India Melayu mari kita terus bersatu.. Keadilan itu bukanlah sama rata, perempuan pastinya hadiah anak patung dan anak lelaki hadiah lori mainan. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu betul dan tepat pada tempatnya. Lanun seru semua terus bersatu dan menyayangi Malaysia. Kita satu keluarga, adik beradik jaga hati adik beradik. Jangan biar media massa membakar n melagakan kita. 

Taraf Rating Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia 2009 ( IPTA dan IPTS )

5 komen disini yer..

Salam..
Ini info terbaru Lanun nak share pada semua mengenai rating MQA yang telah dijalankan untuk tahun 2009 yang lalu. Kajian ini dpanggil SETARA Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia atau dalam bahasa inggeris Rating System For Malaysian Higher Education Institutions. SETARA ini dikelola dibawah MQA iaitu Agensi Kelayakan Malaysia.

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia. Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan. Struktur keseluruhan instrumen boleh diakses di SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah). Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Jom kita lihat adakah universiti korang tersenarai di kategori mana?
Dalam SETARA di kategorikan kepada  6 TIER (tahap) iaitu :
Tahap 6 TIER : Terbilang
Tahap 5 TIER : Cemerlang 
Tahap 4 TIER : Sangat Baik
Tahap 3 TIER : Baik
Tahap 2 TIER : Memuaskan 
Tahap 1 TIER : Lemah 

Ia disusun ikut abjad ok, jadi tiada bermakna sapa atas dia yang terbaik. Untuk lihat senarai rating dan tahap Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia sila klik link dibawah :

Untuk Download : Link 1 atau Link 2

p/s : UTEM di TIER ke 5 yeahh!! nest TIER 6 lak tahun depan.

Video Namewee Terbaru : Buat Kecoh Lagi dengan Video Nah!! F**k Racism yang penuh carut marut..

21 komen disini yer..
Salam...
Berikutan isu pengetua racism baru baru ni, seorang orang muda yang dulu menjadi "terkenal" dengan klip video lagu "Negara Kuku " telah buat lagi satu video yang sarat dengan perkataan dan isyarat bermaksud lucah, menghina, dan mencarut. Siapa lagi kalau bukan Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. 

Lanun yakin Namewee ni marah dan terasa dengan apa yang telah berlaku dalam kes pengetua tu. Sebagai salah seorang bangsa Cina, memang sesiapa pun akan terasa. Even kalau kita dipihaknya pun akan terasa. Tapi adakah tindakan buat video semacam rupa ni rasional? professional? jalan yang bijak ke? pada Lanun ia seakan mencurah minyak pada api.

Dalam klip video tu telah mengeluarkan kata kata mencarut pada pengetua Siti Inshah ( SMK bukit selambau di Sungai Petani Kedah) dan juga menghina Kementerian Pelajaran Malaysia KPM. Juga dalam video tu, Namewee mengatakan anti racism, tapi jelas ia telah ditunjukkan dengan cara yang salah dan tidak bermoral.

Saksikan video Namewee tersebut kat bawah ni, penuh dengan isyarat F**k saje...



p/s : Namewee ko ni kreatif tapi masalah ngan ko adalah terlalu emosional.. Aku tak mahu juga benda ni jadi.. tapi harap kita semua sentiasa rasioanl dalam bertindak jangan jadi seperti geng Bendera di Indonesia. Tak da akhlak.

28 August 2010

Pengetua Racist "Rasis" Ditukar Ke Sekolah Lain.. Sebab "Halau" Bangsa Cina...

4 komen disini yer..

Salam...
Pasti semua orang tahu pasal isu ni kan? Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) yang melafazkan ayat menyentuh sensitiviti perkauman yang telah menggores hati kaum Cina di Malaysia. Pengetua ni telah dijatuhkan hukuman ditukar ke sekolah lain. Wajarkah hukuman ini?

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. Malaysiakini

Lanun sebagai rakyat Malaysia menghormati setiap bangsa di Malaysia, kita adalah bangsa yang lahir di Malaysia dan ia adalah tanah tumpah darah bagi kita tak kira kaum India, Cina, Melayu dan sebagainya. Sayangi keistimewaan kita, cari titik persamaan bukan perbezaan.

Disini Lanun ingin tegaskan beberapa perkara dalam isu pengetua ni :
  1. Setiap bangsa adalah normal untuk memperjuangkan bangsanya sendiri.
  2. Dalam konteks Malaysia, kita adalah 1 keluarga Cina India Melayu dsbgnya jadi jaga antara 1 sama lain.
  3. Kita juga jangan apa yang pelajar tu buat sampai pengetua tu marah? hormatilah orang berpuasa.
  4. Kaum Cina India Melayu kena hormati antara 1 sama lain.
  5. Jauhi dengki mendengki dan bersamngka buruk lebih lebih sebagai pendidik.
  6. Lanun harap pengetua tu tidak lagi ulangi kesilapan.
  7. Pada pendapat Lanun better Pengetua ni di denda khidmat masyarakat, sekiranya beliau bersalah setelah disiasat.

Lagenda Bola Sepak Isa Bakar Meninggal Dunia.. Penyerang Pasukan Malaysia 70an

3 komen disini yer..
GEORGETOWN: Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, jam 10.15 pagi tadi. Allahyarham berusia 58 tahun. Beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berdarah, semalam. Isa yang bermain di posisi penyerang pernah berganding dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an.. Alfatihah... 


Sedikit Biodata Isa Bakar :
  • Nama penuh Isa Bakar 58 tahun
  • Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md Ismail,
  • Mempunyai 3 anak perempuan Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah
  • dan Seorang anak lelaki Muhd Firdhaus, 16.
Pencapaian Allahyarham :
  • Isa mula menggilap bakatnya pada peringkat kelab dengan mewakili Malayawata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan seterusnya Telekom Utara.
  • Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau sentiasa menjulang nama Pulau Pinang bersama abangnya Ali Bakar dan pernah membantu pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada 1974.
  • Membantu pasukan negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1977 dengan membelasah Burma ketika itu 8-1.
  • Isa selaku penyerang berbisa membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Asia Tehran 1974.
  • Pernah berganding dengan seorang lagi legenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari sekitar tahun 70-an.
ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4.

p/s : Lanun bangga Malaysia ada pemain seperti ni dulu, yang digeruni pihak lawan.. bagaimana sekarang?? Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah SWT Aminn..

sumber : Malaysiakini, Mstar.com.my, dan bharian.com.my

Terkini : Nuffnang Kotakan Janji Pada Blog Lanunsepet, Buffered LB Ads Muncul...

8 komen disini yer..

Salam...
Alhamdulillah rezeki Lanun pula kali ni. Nuffnang yang sebelum ni di terjah pelbagai soalan dari Lanun akhirnya membenarkan janji dieorang terhadap Lanun ( Blogger Lanunsepet ). Korang ingat lagi tak entri post sebelum ni yang berkait dengan hubungan Lanun dan blogger blogger lain Nuffnang yang dilanda gelora badai he3 ?
  1. Lanun Sayangkan Nuffnang... Tapi.... 
  2. Terjawab : Kenapa Blog Yang Trafik Rendah Boleh Dapat Buffered Ads ...
  3. Trafik Tinggi Tapi Takda Buffered Ads??
Akhirnya hari ini selepas ketika bersahur, semua nya secara rasmi terjawab. Malam tadi Lanun dah perasan dah masa blogwalking ada Ads Celcom Glee di bahagian bawah header dok "menyala" je. Bila refresh pun tetap ada, try pergi blog orang lain untuk confirm kan kot kot orang lain pun ada iklan tu ngah jalan, tengok tengok tak ada. Lanun sorang jar running ads tu. 

So, sah lah itu simptom simptom atau tanda tanda buffered sudah mengena. Selepas bersahur tadi Lanun online dan bukak Nuffnang Account dan terusss masuk bahagian earnings, jeng jeng hasilanya seperti dibawah. 

buffered ads yang lama dinantikan..ni kira duit raya lar he3

Yaa itulah dia he3.. teruja lak rasanya bila dah lama ketandusan buffered ni bila dapat merasa balik rasa seronok sangat. Pada yang belum teruskanlah bersabar dan teruskan berblogging. Lanun teringat satu nasihat dari Nuffnang iaitu jangan jadikan blogging semata mata untuk mendapat duit. Kalau atas sebab tu kita akan mudah putus asa dan takda idea.

p/s : TQ Nuffnang, nasib baik Lanun tak curang he3..

Terkejut Beruk Tu Macam Ni La Kan ???

3 komen disini yer..
Salam..
Kita selalu guna ayat "terkejut beruk" dalam kita berkomunikasi tiap tiap hari. "Terkejut beruk" ni kiranya terkejut yang amat terkejut dengan reaksi muka yang terkejut he3. Baru baru ni Lanun usyar2 video kat Youtube jumpe satu video kategori "terkejut beruk" yang sebenar.

p/s : Terkejut biawak pernah dengar x ?

25 August 2010

Jawapan : Makanan McDonald Ada Yg Tak Halal ??

7 komen disini yer..
Salam...
Tadi borak borak sekejap dengan kawan, sambil borak tibe tibe kawan dalam bilik bagitahu dier dapat 1 email pasal sijil halal yang digunakan untuk daging di restoran Mc Donald adalah tidak sah dan tidak diperakui oleh JAKIM. Sebab apa kah sijil Halal terbabit tak diperakui?

Email asal yang disebarkan di Internet : Download sini 

Seperti dalam email tersebut Mc Donald menggunakan sijil Halal oleh Uruguay Islamic Centre. Ia nya telah ditarik balik apabila JAKIM mengatakan atas sebab ketidakuran yang berlaku. Apa maksudnya tu? Lanun pun tak paham. Semua tu dinyatakan dalam satu surat rasmi pada Encik Bob Chan Pengarah Mc Food Services Sdn Bhd (Mc Donald).

Jawapan dari JAKIM :
Selepas penyebaran email tersebut JAKIM telah pun respon pada 23hb baru baru ni dalam website rasmi mereka bahawa :


ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
Pengirim: admin Tarikh: 23/08/2010 Capaian : 68180 [Memo asal]

Saranan Blogger Lanunsepet :
Walaupun JAKIM kata gtu, dan sah ia McDonald masih HALAL, saranan Lanun tak payah lah makan McDonald, makan tempat lain..Adakah anda prihatin pada saudara kita di Palestin?? Mari pakat layan Radix Fried Chicken Halal n NO MSG lagi baik.. produk orang kiter.

23 August 2010

Indonesia : Kedutaan Malaysia Dilempar Najis, Bendera Kita Dipijak. BENDERA buat hal lagi....

15 komen disini yer..
kurang ajar korang ek!! korang sebenarnyer tekanan dengan hidup kat sane..
salah 1 sebab jeles dengan kemakmuran Malaysia. kan?!

Salam...
Kurang Ajar !! dan Melampau !! itu lah yang sesuai buat sekumpulan penunjuk perasaan yang telah melakukan onar sekali lagi terhadapa negara kita. Kali ni dengan melempar najis di kedutaan Malaysia di Indonesia. Kumpulan ekstremis ni (BENDERA) jugak telah memijak dan menunjukkan isyarat lucah pada bendera jalur gemilang dalam protes dieorang petang tadi. 

Kumpulan BENDERA (kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat) ni semua orang tahu dengan kekcohan yang dieorang buat dulu..ingat tak? nak serang Malaysia dengan pendekar lah , nak guna buluh runcing usir rakyat Malaysia yang ada dekat Indon lah. Series takda orag layan pun. Sekali lagi ini jugak dieorang mengugut akan buat operasi usir rakyat Malaysia (sweeping).

Shout!! : Lanun mengutuk keras perbuatan dieorang ni yang jelas tak paham apa yang berlaku dan tindakan ini adalah tindakan orang bodoh dan kurang ajar.

Berita Penuh dan Sebab Kenapa Ia Terjadi : Malaysiakini-Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak

Merdeka : Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 - 2010

6 komen disini yer..
Salam..
Seperti yang kita semua tahu kita sekarang dalam bulan kemerdekaan. 31 Ogos 1957 dimana negara Malaysia kita telah dibebaskan dari pemerintahan Ma. Bermula dari itu pemerintahan telah diserahkan kepada orang Malaysia sendiri untuk memandu negara ke arah kemajuan dan belenggu kemiskinan. 

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini Lanun bawakan senarai tema hari merdeka atau hari kebangsaan Malaysia sejak dari 1970 hingga 2010 kini. untuk sebelum 1970 Lanun pun tak pasti kerana apa tak ada tema, mungkin masa tu tak terfikir lagi untuk mengadakan tema atau sebagainya.

Ok, jom kita teliti tema kemerdekaan Malaysia dulu dan sekarang :

TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi

22 August 2010

Kes "Wajib" Berlaku Bila Hampir Hari Raya...

4 komen disini yer..
Salam..
Yeay yeay nak raya nak raya... haaa ni nak raya ni mesti ade je kiter dengar kes kes pasal benda ni, apa lagi kalau bukan mercun. Kita dulu memang hari raya sinonim dengan mercun ni, bila dah bulan puasa mesti ramai yang jual mercun, bunga api yang macam macam jenis dan macam macam tahap letupan lak tu. tak kurang jugak yang berbahaya sampai boleh bawak cedera parah n mautt...

Tapi sekarang ni dah kurang kan, sejak diharamkan bertahun tahun lalu. Walaupun rasa macam keseronokan tu ditarik, tapi nak buat macam mana demi keselamatan. Kalau tak dulu masa kecik kecik rabun mata kelabu mata tengok macam macam jenis sampai tak tahu nak pilih, mercun gasing, mercun katak, ketupat, mercun bola, airbom, siap macam macam eksperimen lanun buat dengan mercun tu ha3.

Ada tak lagi sapa sapa yang jual mercun dalam katalog? Lanun nak beli he3... Lanun search search juga kat internet kot kot ada yang jual online tapi tak ada... ( tadi bunyi macam insaf ni nak beli pulak.. ) Moral, main yang biasa biasa tak bahaya punya k.

Terbaru di bulan Ramadhan 2010 ni di berita harian :
  1. Pelajar tahun dua cedera kena mercun
  2. Kanak-kanak maut dua lelaki parah rumah gudang mercun meletup
Bawah ni video rakaman di hospital seorang remaja Mohd Loqman yang dulu menggemparkan bila jarinya hancur bahana mercun bola, Kes ni masa 2009 di Alor setar kedah.


kes ni jadi masa tahun 2009 kalau tak silap, mercun bola punya hal.

21 August 2010

Perbuatan Makruh Ketika Berpuasa...

8 komen disini yer..

Salam..
Satu short update lagi pantas dari Lanun, Lanun agak busy kebelakangan ni. Production tempat keje Lanun tambah busy sampaikan Lanun kena masuk 7am sampai 6.30pm tiap tiap hari. Ape nak buat kan? dah takda pilihan kalau optional tak larat jugak. Tak dapat la Lanun nak jalan lama lama kat bazar ramadhan...he3

Bawah ni adalah antara senarao perkara yang makruh kita buat masa kita berpuasa sunat atau ramadhan kali ni. Kalau ade nak tambah atau nak betulkan pape, silakan.. Lanun alu alukan. Lagipun Lanun copy&paste jer ni he3. semoga jadi peringatan buat diri Lanun ni yang rajin korek hidung hahaha.. 

Perkara-perkara makruh semasa melakukan ibadah puasa
  1. berkumur-kumur dengan keterlaluan
  2. merasa makanan dengan lidah
  3. bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  4. memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  5. memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  6. gosok gigi setelah gelincir matahari
  7. mencium isteri
  8. menderma darah
Selamat berpuasa :-) ihya ramadhan...
Sumber : www.jais.gov.my & http://webpuasa.tripod.com/

20 August 2010

Apa Perlu Buat Bila Dah Dapat Buffered Ads

18 komen disini yer..
Salam..
Kebelakangan ramai yang dapat buffered ads, macam pesta pulak he3. Lanun rasa jealous lak tengok korang dapat iklan buff Nuffnang tu, Series!. Tapi dalam jeles jeles tu Lanun hepi gak sebab kiter same same dapat merasa buffered.


Dulu Lanun rasa sekarang korang pulak. Masa dulu dulu bukan senang nak dapat, sekarang adil semua orang dapat merasa sikit sikit. Tochey Nuffnang...  Lanun kat sini nak bagi tips, em.. rasanya bukan tips tapi senarai "to-do-list" apa yang korang perlu buat bila dah dapat buffered ads :

1.     Ni langkah wajib bagi pemegang Buffered Ads..
Buffered earning akan di update setiap hari, berbeza dengan update yang biasa iaitu pada hari Isnin setiap minggu. Untuk pengetahuan, trafik yang tinggi berkadar langsung dengan duit yang korang akan dapat.

Buffered ads akan meningkat nilainya dan bonusnya bila pengunjung unik UV visitor anda meningkat. Jadi, korang cuba lah sedaya upaya tingkat kan trafik blog korang. Sebenarnya tak susah, tapi perlukan cara dan teknik yang sesuai.

Lanun : Nak raya ni.. apa kata korang pulun buffered sebelum raya ni betul tak?
Blogger : Kumpul duit beli hosting .com

2.     Ada had dan limit Buffered Ads tu jadi...
Ads yang di buffered kan ke blog korang tu akan keluar sepanjang kempen produk tersebut. Bila kempen atau promosi tu dah habis dia akan stop dan jadi metered earning. maksudnya iklan tu takkan keluar dah lar. Jadi jangan tangguh blogwalking ok, nanti dah habis kempen ads tu rugi lar tak sempat earning nak naik. Tempoh ikaln tu keluar, tak siapa yang tahu. Itu antara syarikat dan Pihak Nuffnang.

Blogger : Tapi Lanun, orang busy lar.. 
Lanun : kalau busy suruh lah blog tu berjalan sendiri he3... 

3.     Buffered Ads tu boleh hilang kalau...
Ada sesetengah pendapat mengatakan, trafik yang tak stabil akan buat buffered ads tu hilang dan cepat jer tukar jadi metered earning. So, kalu jadi rugi la korang.. jalan terbaik maintainkan trafik atau tingkatkan lagi kasi pecah he3.

Tapi ada juga pendapat yang dia akan menempel jer bila dah dapat. Habis kempen ads tu dia akan turun la jadi metered earning. Rasanya dia tak hilang pun kalau tak maintain.

Lanun : Maintain apa barang, kasi up lar.. ni masa yang sesuai nak tambah duit poket.. leh dapat sampai ratus ratus tau satu buffered..Series!!


Ni sekadar peringatan untuk semua blogger blogger yang dapat buffered earnings, Korang mesti dah tahu perkara ni kan simple je. Tapi Lanun nak gtau jugak tak kire tak kire he3. Semoga dapat earning yang masyuk untuk raya 2010 ni. Selamat berpuasa!! Go Blogger.. jangan lupa rajin rajin la melanun kat sini k bye bye..

18 August 2010

Salleh Gregor Samsa Jom Kita Pergi Lepak Minum2...

3 komen disini yer..
klik gambar ni untuk bukti..
pic credits: carigold forum

Salam...
Lanun baca artikel mengenai insan bernama Salleh Gregor Samsa ni lama dah. Tapi tak berkesempatan untuk update kat blog mengenainya. Sekarang Lanun tengok ramai dah blogger buat post mengutuk tindakan si mamat yang minat muzik underground serta juga seorang blogger ( 2 blog tapi dier dah close kan sejak isu ni).
Geng geng dier juga rajin mian basikal, geng basikal he3.

Apa dia buat? Dia telah menghina ibadah puasa, hina orang berpuasa, hina Islam. Kawan kawannya yang lain pun turut bagi sokongan dan seperti gembira pulak dengan pendirian dieorang. Lanun rasa dieorang ni tak paham lar, ada salah paham sket dengan Islam.

Lanun paham semua orang benci dan marah dengan dia, Lanun harap jugak ada orang yang pergi jumpa dan tegur dan betulkan apa yang dia salah paham tu. Bawak dia balik pada fitrah semulajadi seorang manusia yang bergelar muslim. Kalau orang macam dia ni, kita kutuk, kita keji lagi la dier melenting.

To Salleh Gregor : Bro, jom la kita pergi minum sembang sembang layan teh tarik n roti 0 kat kedai mamak. Pastu kita leh kita citer sket, sebab ko dah salah paham dengan Islam ni bai.. Aku ada member, kite leh citer n jawab apa yang ko tak puas hati.

17 August 2010

Bagaimana Soal Jawab Dengan Nuffnang Helpdesk

2 komen disini yer..
Salam...
Ada kemusykilan pasal Nuffnang? Tak paham bagaimana pembayaran Nuffnang? Bagaimana pengiraan klik iklan? Apa itu istilah istilah dalam Nuffnang? Bagaimana nak join komuniti dan aktiviti Nuffnang? Ada masalah dengan blog? Iklan tak keluar? Earning sedikit? Error pada kod iklan? dan lain lain.. Semua ni boleh di ajukan kepada Nuffnang.

Lanun akan kongsikan info pada korang semua bagaimana caranya nak bertanyakan soalan pada Nuffnang iaitu syarikat pengiklanan di internet yang juga Komuniti Blogger di Asia Pasifik. Mungkin info ni ramai dah tahu cuma hari tu selepas..Lanun tunjukkan jawapan dari pihak Nuffnang mengenai kemusykilan Lanun.

Ada yang bertanya macam mana nak contact Nuffnang? Rupa rupanya masih ada yang tak tahu. Tak pa.. Lanun dulu lagi jahil pasal Nuffnang ni he3..kawan kawan yang ajar. Di bawah ni Lanun sediakan secara ringkas cara untuk mengajukan pertanyaan pada Nuffnang.

Caranya : 
1. Log in 
2. Klik menu Contact Us atau Klik link ini [http://www.nuffnang.com.my/help/]
3. Pilih kategori apa masalah anda dan klik "Next" 
  • Technical Support
  • Advertiser Enquiries/Suggestions
  • Blogger Enquiries/Suggestions
  • Human Resource (Job Application)
  • Nuffnang Contest Related Questions/Feedback
  • Miscellaneous
4. Isi borang : Subjek dan Ceritakan masalah yang di hadapi. ( Bahasa melayu pun tak apa, jangan bahasa rojak sudah..)
5. Pilih "Prority" ( yang ni pilih lah High )
6. Klik "Submit ticket", satu email pengesahan akan di hantar ke email korang dan tunggulah jawapannya.

Sambil korang menaip Nuffnang akan keluarkan soalan soalan yang pernah ditanya pada mereka, yang lebih kurang sama dengan soalan korang. Jadi kalau dah ada suggestion dari dieorang tak perlu lah kita taip lagi. Sebab sesetengah soalan telah pun dijawab. tapi nak bagi puas hati send ajer lah, bagi kakitangan Nuffnang sibuk sket he3..dieorang dapat gaji kan he3.

Nuffnang merupakan komuniti yang sangat mesra dengan Blogger blogger jadi anda anggaplah macam kawan, setakat yang Lanun tahu dari segi cara mereka menjawab sangatlah mesra dan tindakan mereka juga pantas. Dieorang sendiri pun adalah blogger dan berblogging. Jadi mesti dieorang paham.

p/s : Tanyalah banyak banyak bagi dierang rajin wat kerja he3.. ada sesetengah tu pas bertanyakan soalah terus dapat Buff, tapi Lanun still takda rezeki lagi :-)

16 August 2010

Terjawab : Kenapa Blog Yang Trafik Rendah Boleh Dapat Buffered Ads dari Nuffnang?

50 komen disini yer..
Salam..
Post kali ni adalah legasi dari post ala ala merajuk sebelum ni he3. Lanun dan beberapa blogger lain yang mengalami nasib yang agak tak baik bila, dah lama tak merasa buffered ads menenggek di laman blog kami. Lanun sebelum ni konfius kenapa sejak sebulan lalu tak da buffered ads langsung, walaupun trafik masih tinggi dan maintain 300 UV keatas setiap hari n performance buffered sebulan lalu pun ok. Lanun jugak percaya rakan blogger lain lagi gempak trafik dieorang lebih lebih lagi si Cikgu Dahlia dan Sop Riwayat Hidupku.

Lanun jadi tanda tanya bila blog blog lain boleh dapat buffered yang bersilih ganti kebelakangan ni. Eh eh napa ni, ingatkan trafik yang tinggilah yang leh dapat buffered ads bukan? Tapi sebenarnya tidak! Trafik tidak menjamin anda akan dapat buffered ads atau tidak sebenarnya. Mungkin ia syarat, tapi ia bergantung.

Lanun terus ajukan soalan pada pihak Nuffnang berkaitan misteri blogger nih. Soalan Lanun, Kenapa blog yang trafik rendah boleh dapat buffered ads, dan blog yang trafik tinggi tidak dapat dah sekarang? bawah ni adalah jawapan  Mr.Robb Chew (Nuffnang Blogger Relations Executive) :